Kakak mengamuk libas ibu tunggal guna getah paip
2010/10/11
LUBOK CHINA: Seorang wanita berusia 60-an tergamak menyerang adiknya sendiri menggunakan getah paip tanpa usul periksa ketika mangsa leka membasuh pakaian di bilik air rumahnya di Kampung Nerambai, Sawah Raja, dekat sini, Khamis lalu.
Wanita itu didakwa bertindak demikian seperti orang tidak tidak siuman sambil disaksikan ibu bapa mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang itu, Azmidah Ahmad, 38, ibu tunggal beranak dua dikatakan diserang kakak kandungnya ketika membasuh pakaian dengan getah paip sepanjang satu meter.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Azmidah, anak bongsu daripada enam beradik cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke dalam rumah, namun tidak mampu melawan.
“Ketika berada dalam bilik air, dia tiba-tiba memaki-hamun emak sebelum emak menghalangnya dengan menyiram air.
“Kakak kemudian melemparkan perkataan kesat terhadap emak yang berada di tepi kolah.
“Akibat perbuatan itu, saya mengalami lebam di bahu kiri,” katanya.
Dia membuat laporan di Balai Polis Lubok China berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment