Friday, September 12, 2014

lawak

HaRi Ni TaSyA KeJe OvErTiMe. BaRu Je SaMpAi RuMaH. BaNyAk SaNgAt PrOdUk² KeCaNtiKaN YaNg NaK DiPrOmOsiKaN TaDi.
TaMbAhAn PuLaK AdA PrOdUk BaRu UnTuK LeLaKi. MaCaM² LeLaKi GaTaL TeRpAkSa TaSyA BeRdEpAn HaRi Ni.
MaCaM² DiOrAnG MiNtAk... NaK UbAt SaPu La, TaHaN LaMa La, UnTuK BeSaR DaN PaNjAnG La, CiNciN La, EkOr KuDa La, MiNtAk NaK CiUm La...
TaH PaPe KaN OrAnG LaKi Ni. ApA YaNg DiOrAnG MiNtAk Tu SeMuAnYa NaK MeNyEkSa OrAnG PeReMpUaN. KoRaNg SeDaP La... YaNg MeRaNa MeNaHaN SaKiT + KeSeDaPaN AdALaH KaUm WaNiTa.
MeNyAmPaHh ! ! !

Thursday, September 4, 2014

contoh isteri yang tabah dan sabar


Dicili seluruh badan


AKU seorang peguam. Aku mempunyai firma guaman sendiri. Aku dikira bahagia kerana mempunyai syarikat sendiri, rumah besar, beberapa biji kereta dan anak-anak yang pintar. Dua daripada anakku kini sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (ipta) dan seorang masih di tingkatan empat.
Namun tidak ramai yang mengetahui kepahitan yang aku lalui pada masa lalu semasa baru-baru berkahwin dan sehingga anak-anakku melalui tempoh membesar.
Air mata terlalu banyak keluar. Jiwaku pedih merintih. Badanku sakit-sakit. Anak-anak kurasakan turut menderita bersamaku kerana sikap panas baran bapa mereka.
Aku, Faridah, (bukan nama sebenar), berkahwin suka sama suka bersama suamiku, Jalal (juga bukan nama sebenar) kira-kira 25 tahun lalu. Waktu itu aku masih menuntut di sebuah universiti terulung negara.
Ibu menasihatkan aku supaya menamatkan pengajianku dahulu sebelum berkahwin, namun aku dengan keputusanku akan berkahwin juga walaupun masih belajar.
Ibu tidak dapat berkata apa-apa melainkan memberi restu. Majlis perkahwinanku dibuat sederhana kerana keluargaku pun bukanlah orang senang.
Selepas berkahwin, aku tinggal bersama mentuaku yang melayanku dengan baik dan menganggap aku seperti anak mereka sendiri.
Awal perkahwinan suamiku masih bekerja tetapi beberapa bulan selepas itu dia berhenti kerja. Aku pula sudah berbadan dua. Pengajianku masih tinggal dua tahun lagi. Kami dikurniakan seorang anak perempuan.
Dua minggu selepas bersalin, aku terpaksa ke kuliah kerana peperiksaan akan diadakan tidak lama lagi. Anakku dijaga oleh ibu mentuaku. Bapa mentuakulah yang berusaha menghantar dan menjemputku dari universiti.
Setelah tamat pengajian dan sementara menunggu jawapan diterima bekerja, aku bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera.
Suamiku tidak berusaha mencari pekerjaan. Apa pun, aku akhirnya berjaya membeli sebuah rumah kos rendah. Anak sulungku yang meningkat umur empat tahun dijaga oleh suami semasa aku pergi bekerja.
Pagi aku keluar rumah dan malam baharu aku sampai di rumah. Kadang-kadang jika kerja banyak, aku sampai di rumah pukul 10 malam.
Suamiku memang seorang yang panas baran. Cakapnya menengking sahaja. Anakku yang berada di rumah sering menjadi mangsa kemarahan. Kadang-kadang kerana salah sedikit dia tergamak memukul anak kami.
Rezekiku semakin murah. Aku diterima bekerja di sebuah firma guaman dan menjadi salah seorang daripada peguam kanan.
Tiga tahun selepas kelahiran anak pertama, aku dikurniakan anak kedua pula dan tiga tahun selepas itu aku mendapat anak ketiga. Gajiku boleh dikira lumayan dan aku diberikan sebuah kereta besar oleh majikanku. Namun suamiku masih juga tidak bekerja.
Beberapa tahun selepas itu, kami dapat pula membeli sebuah rumah banglo di pinggir ibu kota. Seronok dapat tinggal di rumah besar setelah beberapa tahun tinggal di rumah kos rendah dengan jiran-jiran yang suka menyibuk dan mengambil tahu.
Aku bercita-cita untuk membuka firma guaman sendiri dan meletakkan jawatan di firma guaman yang aku bekerja ketika itu.
Firma guaman aku ini pun terletak tidak jauh daripada rumahku. Anak-anak semakin membesar. Dua orang anakku sudah memasuki sekolah menengah dan yang bongsu masih bersekolah rendah. Aku mengajak suamiku bekerja bersama-sama di firma guamanku ini. Boleh juga dia menguruskan kerja-kerja pengurusan semasa aku keluar ke mahkamah atau berjumpa pelanggan.
Namun entah apalah yang merasuk fikiran suamiku. Dia menjadi seorang yang terlalu cemburu. Tidak cukup dengan itu, dia mengatakan aku ‘dibuat orang.’
Tahap cemburunya memang keterlaluan sehingga jika ada lelaki yang menelefonku, dikatakannya lelaki itu teman lelakiku. Puas aku menafikan tetapi panas barannya menjadi-jadi.
Aku memang tidak pandai bergaduh. Jika dia marah-marah dan memakiku, aku masih bercakap lembut dengannya dan menafikan tuduhannya. Aku pun tidak tahu hendak bercakap apa lagi. Aku tetap bersabar demi anak-anakku dan berharap agar suamiku berubah.
Ada juga aku mengadu kepada ibu dan bapa mentuaku dan mereka memberitahu adik iparku. Adik iparku memarahi suamiku dan meminta suamiku supaya berubah dan kasihankan aku yang pada adik iparku sudah cukup bersabar bertahun-tahun ini.
Suamiku yang mengetahui cara-cara hendak mengubat orang yang terkena buatan orang cuba mengubatiku. Paling aku tersiksa ialah apabila suamiku melumurkan badanku dengan cili sehinggalah ke bahagian alat sulitku. Pedih dan azab tidak tertahan olehku. Aku meminta belas kasihan daripada suami namun katanya cara itu dapat menghilangkan ilmu guna-guna lelaki lain padaku.
Anak-anak menangis dan meraung. Mereka memelukku dan kami sama-sama menangis. Aku masih bersabar walaupun kepedihan yang aku alami akibat dicili masih terasa lagi.
Perasaan cemburu suamiku semakin menjadi. Kali ini dia mengumpulkan semua perabot rumah termasuk set meja makan berjenama mahal, semua pakaianku, tudung termasuk gambar aku semasa majlis konvokesyenku di luar rumah dan membakar sehingga menjadi abu.
Sedihnya tidak dapat kuungkapkan kerana bersusah payah aku membeli perabot tetapi sekelip mata hangus dijilat api gara-gara sikap panas baran suami.
Mujur aku dapat menyembunyikan beberapa helai pakaian, tudung dan ijazahku di bawah katil anakku. Adalah juga pakaian yang hendak kupakai selepas itu.
Tahun berganti dan aku boleh dijadikan contoh isteri yang sabar. Anak-anakku kini semakin dewasa dan setiap tahun mendapat hadiah dekan di universiti. Firma guamanku juga mendapat banyak pelanggan dan mulai dikenali.
Suamiku yang semakin meningkat usia sudah banyak berubah. Dia semakin matang. Panas barannya banyak berkurangan. Walaupun suaranya masih kuat, dia sudah boleh bergurau dengan anak-anak dan tidak lagi ‘mendera’ku fizikal dan metal.
Kehidupan kami kini seperti pasangan suami isteri yang lain. Aku menganggap mungkin dahulu suamiku tertekan kerana tidak bekerja. Kini mungkin dia telah insaf dan gembira melihat kejayaan anak-anak. Aku berharap dan berdoa supaya rumahtangga kami bahagia hingga bila-bila.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140903/ke_01/Dicili-seluruh-badan#ixzz3CGy7hpQS
© Utusan Melayu (M) Bhd