Maut tertembak diri sendiri
29 April 2012
Mangsa, Midon Idris, 44, ditemui dengan kesan luka tembakan di kepala oleh rakannya, sebaik sahaja terdengar satu bunyi letupan kira-kira jam 5.30 petang.
Difahamkan, mangsa yang juga Pegawai Pertanian di Pasir Panjang bersama rakannya berusia 30-an keluar memburu ayam hutan dengan menaiki motosikal secara berasingan sebelum berpecah sebaik tiba di ladang kelapa sawit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mayat mangsa ditemui bersebelahan motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.
“Mangsa yang menaiki motosikal sebelum itu dipercayai terjatuh menyebabkan senapang patah dibawanya meletup dan terkena dirinya sendiri.
“Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya menaiki motosikal berasingan dan kemudiannya mereka berpecah setibanya di ladang kelapa sawit terbabit,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa terdengar bunyi letupan sebelum seorang pekerja ladang memaklumkan, seorang lelaki ditemui terbaring berlumuran darah.
“Polis turut menemui selaras senapang patah yang dipercayai dibawa oleh mangsa di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya.
Abd Wahab berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan juga tiada bukti ada orang lain terlibat dalam kejadian itu.
No comments:
Post a Comment