Friday, April 6, 2012

kembali kepangkal jalan

Detik hitam itu...
Oleh Yusmizal Dolah Aling, Mohd Hafizee Mohd Arop dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya serik dan takkan sesekali kembali ke keadaan itu. Saya lebih tenang kini walaupun hidup tidak mewah,” kata Amirah, 19, bekas pelacur yang diselamatkan beberapa minggu lalu.

Dia mendakwa mampu memperoleh pendapatan hampir RM10,000 seminggu dengan melacurkan diri, tetapi semua itu tidak memberi sebarang makna kepadanya.

“Kini saya hanya memperoleh RM350 sebulan saja sebagai pembantu kedai, namun saya cukup bahagia,” katanya.

Selepas hampir dua tahun bergelumang dosa, dia kembali ke pangkal jalan selepas menghubungi Unit Kebajikan dan Sosial Bekas Anak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perbak) yang kemudian mengeluarkan dia daripada ‘sarang’ pelacuran di ibu negara.


Kisah hitam hidupnya bermula selepas melarikan diri daripada rumah keluarga angkatnya di Tampin, Negeri Sembilan dua tahun lalu sebelum dinodai beberapa lelaki dikenali sewaktu menjadi pelayan di sebuah kelab malam.

No comments:

Post a Comment