Terkulai di pangkuan ibu
13 April 2012
Itulah kata-kata mangsa, Muhammad Syaiful Radzi, 12, ketika ditanya rakannya sama ada pergi ke satu perlawanan futsal hujung minggu ini, yang masih terngiang-ngiang di telinga ibunya, Zakiah Kasidi, 45.
Selain itu kata Zakiah, anaknya juga menjadi pendiam beberapa hari sebelum ditemui mati dipercayai lemas dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, di tali air berhampiran pintu kunci air Jalan Rejo Sari, Senggarang, di sini, kelmarin.
“Saya tidak sangka tabiat itu merupakan petanda anak kedua saya akan meninggalkan kami sekeluarga.
“Sebelum kejadian, arwah yang lebih mesra dipanggil ‘abang’ sempat menjamah nasi lemak yang dibelikan datuknya ketika makan tengah hari,” katanya, semalam.
Menurutnya, pada hari kejadian, beberapa penduduk datang ke rumahnya memaklumkan kejadian itu.
Katanya, yang dia tidak tahu Allahyarham pergi memancing, bergegas ke tempat kejadian.
“Apabila tiba, saya terus mendapatkannya tapi tubuhnya sudah terkulai.
“Saya diberitahu, semasa memancing, anak saya bergerak ke tengah tali air, agak jauh dari pintu kunci air sebelum dia tenggelam.
“Dipercayai pakaiannya tersangkut pada salah satu besi yang ada di dasar tali air yang menyebabkan dia tidak boleh berenang, seterusnya terkapai-kapai meminta pertolongan daripada rakan,” katanya.
Rakan-rakannya cuba membantu tetapi gagal sebelum bertindak mendapatkan bantuan penduduk.
Bapa mangsa, Abdul Rahim Ibrahim, 46 berkata, sebaik menerima panggilan, dia bergegas pulang daripada tempat kerjanya untuk mengetahui kejadian sebenar.
“Walaupun sedih kejadian ini, namun saya menerimanya dan reda dengan ketentuan ALLAH,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bahrum, awal pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment