Thursday, April 26, 2012

perceraian

ARKIB : 25/04/2012

2,367 pasangan Melayu bercerai tahun lalu

KUALA TERENGGANU 24 April - Sebanyak 2,367 daripada 10,982 orang yang berkahwin di negeri ini sepanjang tahun lalu telah bercerai dengan sebahagian besar daripada mereka adalah golongan muda.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, beberapa faktor yang mendorong berlaku perceraian itu adalah kerana suami atau isteri tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta campur tangan pihak ketiga.
"Mengikut kajian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), punca lain disebabkan oleh masalah akhlak (15.7 peratus), masalah komunikasi (9.9 peratus), lemah agama (7 peratus), ekonomi (5 peratus) dan lain-lain (6 peratus)," katanya ketika menjawab soalan Ramlan Ali (BN-Jabi) pada sidang kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau memberitahu, justeru itu, pelbagai program dirancang dan telah dilaksanakan bagi membantu mengelak berlaku perceraian suami isteri di negeri ini.
"Antaranya ialah kursus praperkahwinan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada bakal pengantin mengenai pentingnya kehidupan berkeluarga.
"Selain itu, usaha Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) menyediakan kursus bagi membantu menguatkan lagi hubungan suami isteri yang sudah lama berkahwin," ujarnya.

No comments:

Post a Comment