Wednesday, April 25, 2012

askar dapat ganti rugi

ARKIB : 19/04/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 4 Askar didera dapat bayaran ganti rugi ALOR SETAR 18 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintah kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM140,000 kepada seorang askar yang didakwa dipukul dan ditoreh di bahagian lengan bagi membuang tatu, lima tahun lalu. Hakim Datuk Azman Husin memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan Khairil Azzuwan Zainol Rashid, 24, selaku plaintif yang ketika itu bertugas di Rejimen Ke-13 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak. Beliau memutuskan supaya plaintif dibayar ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas RM30,000 dan kos RM10,000 selain plaintif masih kekal dalam jawatan tentera. Khairil Azzuwan bagaimanapun tidak hadir pada prosiding hari ini dan hanya diwakili peguam, Lucia Minta; ibu bapa plaintif, Zainol Rashid Mohamad Noor, 63, dan Tengku Ropiah Ku Ismail, 59, serta beberapa ahli keluarga lain. Khairil Azzuwan dalam tuntutannya yang difailkan pada 13 April 2008 menamakan tujuh defendan dengan defendan pertama hingga ketiga ialah Panglima Angkatan Tentera; Pegawai Memerintah Kem 13 RAMD Sri Aman, Pakit, Sarawak, Leftenan Kolonel Ahmad Azni Akhbar Ali; dan Koperal Nasrol Hasmee Mohd. Nasir.

No comments:

Post a Comment