Friday, March 16, 2012

hajat dirang

Terkilan kenang hajat Dirang
Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR GUDANG: “Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi keinginan Dirang untuk membeli barangan permainan dan basikal,” kata Alan Alip, 49, datuk kepada Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai awal bulan ini.

Alan berkata, awal Februari lalu, Nadirah atau mesra dipanggil Dirang memintanya membelikan basikal dan barangan permainan, namun ia tidak dapat dipenuhi berikutan belum menerima gaji yang kebiasaannya akan diterima pada minggu pertama setiap bulan.


“Bagaimanapun, permintaan berkenaan tidak termakbul selepas kejadian buruk ini,” katanya ketika ditemui di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Menurut Alan, dia masih terkenang dan mengingati keletah cucunya yang disifatkan manja dan rapat dengannya.


“Dirang cucu yang sangat rapat dan manja dengan saya, dia selalu meminta saya wang untuk membeli keropok kegemarannya.


“Adakalanya, dia sanggup berebut telefon dengan ibunya semata-mata mahu bercakap dengan saya,” katanya.

Menurut Alan, walaupun masih bersedih dengan kematian Dirang, keluarganya reda dengan ketentuan Allah. Alan berkata, anaknya, Roselyn, 25, juga kurang tidur dan makan kerana kerap menangisi pemergian Dirang.


“Saya bimbang melihat keadaannya dan menasihatinya supaya tabah, kejadian ini masih baru berlaku dan dia mungkin memerlukan sedikit masa, oleh itu kami akan sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada Roselyn,” katanya.

Mengulas berkaitan perancangan terbaru, Alan berkata, dia terpaksa menyambung cuti sebagai pemotong besi di Pelabuhan Klang, Selangor, berikutan mahu menyelesaikan beberapa perkara.


Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli makanan di kedai runcit berdekatan kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh.


Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, 8 Mac lalu di mana ia didapati sepadan dengan DNA Roselyn.

No comments:

Post a Comment