Monday, March 12, 2012

ditemui

Misteri Wan Hazim berada di lebuh raya jadi tanda tanya




KUALA LUMPUR 11 Mac – Kehilangan Wan Hazim Mohd. Khadhir, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang disedari pukul 6.30 petang kelmarin sebelum dipertemukan semula dengan keluarganya petang ini, mencetuskan tanda tanya.
Ini kerana, kanak-kanak itu jarang keluar rumah seorang diri, malah tidak pernah dibiarkan keseorangan di luar, ditemui oleh seorang lelaki di tengah-tengah Lebuh Raya Kesas menghala ke Shah Alam, Selangor ketika cuba melintas jalan kira-kira pukul 2 pagi.
Persoalannya, bagaimana kanak-kanak itu boleh berjalan kaki sehingga sampai ke lebuh raya yang sibuk sedangkan dia tidak pernah, malah tidak berani keluar serta melintas jalan seorang diri?
Bapa kanak-kanak itu, Mohd. Khadhir Hassan, 41, menganggap kehilangan anak keduanya itu sebagai misteri setelah buntu mencari jawapan bagaimana Wan Hazim boleh ditemui di lebuh raya kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

No comments:

Post a Comment