Monday, January 3, 2011

Maut Curi Kabel Letrik


temui mayat atas siling rumah

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

KAMARUZAMAN Sahlan menunjukkan siling rumahnya di mana mayat lelaki ditemui di pekan Bukit Pasir, Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT 2 Jan. - Sepasang suami-isteri menempuh pengalaman menakutkan apabila seorang juruelektrik menemui mayat seorang lelaki di siling rumah pasangan tersebut yang disyaki mati akibat terkena renjatan elektrik.

Mangsa, Tan Seng Boon, 50-an dipercayai cuba mencuri dawai elektrik di rumah tersebut dan dipercayai telah mati sejak dua hari lalu.

Mayat mangsa yang juga dipercayai penagih dadah ditemui dalam keadaan melecur oleh juruteknik terbabit pukul 8.30 malam semalam.

Pemilik rumah itu, Kamaruzaman Sahlan, 40, berkata, pada mulanya dia memanggil kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaik pulih bekalan elektrik di rumahnya yang terputus sejak kelmarin.

Katanya, bagaimanapun kakitangan TNB yang melakukan pemeriksaan mendapati masalah itu berpunca daripada sistem pendawaian elektrik, justeru ia di luar bidang mereka.

Tambahnya yang bekerja sebagai pembantu kedai pakaian terpakai, dia kemudian menghubungi seorang juruelektrik dari syarikat kontraktor tempatan.

"Juruelektrik yang datang itu lalu mengetuk sebahagian daripada siling rumah dengan peralatan yang dibawanya untuk memeriksa.

"Setelah diketuk siling sehingga sedikit berlubang, tiba-tiba wajah juruelektrik itu berubah dan menyatakan ternampak sesuatu seperti kaki manusia.

"Saya yang mulanya kurang percaya, terus memanjat tangga untuk melihat sendiri dari lubang siling dan terkejut besar melihat mayat manusia," katanya di sini hari ini.

Katanya, juruelektrik itu juga meminta rakannya yang bekerja di TNB untuk memastikan ia mayat manusia sebelum membuat laporan kepada pihak polis.

Tambah beliau, mayat itu berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, kira-kira pukul 11 malam semalam.

"Pihak berkuasa turut menemui basikal mangsa dan segulung dawai elektrik dipercayai dicuri dari rumah kosong di sebelah rumah Kamaruzaman," katanya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

TAJU

No comments:

Post a Comment