Sunday, January 9, 2011

Akhirnya Kau Pergi Jua





JOHOR BAHRU – Mangsa tikaman 19 kali dan disimbah cuka getah, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, di sini, semalam.

Mangsa yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.32 pagi, akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Baru Sungai Redan, di sini.

Kakak mangsa, Marlina Jemedi, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 11 malam kelmarin mengatakan adiknya tenat.

“Kami bertiga bergegas ke hospital setelah menerima panggilan daripada pihak hospital.

“Sampai di sana, dia (Nur Ain) diberi ubat namun tidak ada sebarang respons yang ditunjukkan. Doktor memberitahu badannya tidak boleh menerima darah,” katanya.

Menurutnya, Nur Ain mula kritikal Isnin lalu setelah menjalani beberapa pembedahan termasuk penampalan kulit dilakukan.

“Kehilangannya amat dirasai. Saya rindukan telatahnya yang suka menyakat anak saudara kami. Namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya daripada dia terus terseksa dengan keadaannya sekarang,” katanya.

Marlina berkata, dia dan kakaknya berada di sisi ketika mangsa menghembuskan nafas terakhir.

No comments:

Post a Comment