Monday, January 3, 2011

Mau Lari Jatuh Bangunan


Pembantu rumah maut jatuh tingkat 12


ANGGOTA polis memeriksa mayat pembantu rumah Indonesia yang ditemui bersama sebuah beg di lorong belakang sebuah tadika di Pangsapuri Blok E2, Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

PUTRAJAYA 2 Jan. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 12, Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9, di sini malam semalam.

Mangsa yang disyaki cuba melarikan diri daripada majikannya ditemui penduduk di lorong belakang sebuah tadika pukul 7.30 pagi ini.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ketika kejadian, mangsa cuba memanjat keluar menggunakan kain selimut ketika majikannya tiada di rumah.

Turut ditemui beg mengandungi barang-barang milik mangsa di sisinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, polis sedang menyiasat majikan mangsa sama ada telah mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pembantu rumah.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan ia telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu, isterinya terdengar dentuman kuat pada malam semalam tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Kami sangka objek besar terjatuh dari bangunan 14 tingkat itu tetapi rupa-rupanya orang.

"Saya percaya mangsa dari tingkat 12 sempat berpaut pada struktur besi di tingkat 10 sebelum terjatuh. Terdapat kesan bengkok pada beberapa batang besi di tingkat 10," katanya lagi.

Katanya, majikan mangsa ketika ditemui pemberita enggan memberi sebarang ulasan.

TAJUK-TAJUK BERITA

No comments:

Post a Comment