Friday, October 25, 2013

pegawai bank ditembak



  • 'Abang masih sayang saya?' Jenazah dimasukkan ke dalam van Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Serdang, semalam.
1 / 1
SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu. 

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.
Artikel Berkaitan

Sunday, October 6, 2013

tinggalkan anak

Enam beradik ditinggal kelaparan
  • Enam beradik ditinggal kelaparan Kanak-kanak malang yang ditinggalkan ibu bapa mereka lebih 24 jam.
1 / 2
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

Saturday, October 5, 2013

suami ganas

Suami ganas, Arisa larikan diri


DI depan ahli keluarga pijak semut pun tak mati tetapi di belakang hanya Allah dan saya saja yang tahu," luah Arisa Yusuf (bukan nama sebenar), 26, membuka bicara.
Pada mulanya wanita muda ini enggan berkongsi kisah negatif rumah tangganya yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu.
Namun, apabila dipujuk dengan tujuan untuk memberi iktibar dan membuka mata masyarakat, dia akhirnya bersetuju.
"Kami jatuh cinta pada usia muda, waktu di tingkatan lima dan kerana masing-masing tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kami pun mengambil keputusan untuk bernikah.
"Walaupun kehidupan sederhana dengan pendapatan yang kecil, itu tidak menjadi masalah kerana kami memang menyayangi antara satu sama lain," ujar Arisa yang menetap di Kuala Lumpur sejak dari kecil.
Kira-kira dua tahun selepas berumah tangga, suami Arisa, Affendi Sulaiman (bukan nama sebenar), 26, telah berjaya dalam permohonannya untuk menjadi anggota pasukan beruniform.
Ketika menjalani beberapa sesi latihan, Affendi tinggal di kem dan jarang dapat peluang untuk balik ke rumah.
"Pada mulanya saya amat bersyukur dengan tawaran pekerjaan tersebut. Namun lama kelamaan saya dapat rasakan hubungan kami makin renggang apabila dia semakin jarang balik.
"Sikap Affendi juga berubah. Dahulu dia memang tidak pernah marah saya. Namun semenjak memasuki kem latihan dia menjadi seorang yang baran. Pun begitu dia masih menyayangi saya dan sering menghantar khidmat pesanan ringkas berbunyi romantis pada saya.
"Disebabkan amat jarang berjumpa, pada pertemuan yang ada saya akan berusaha menyediakan hidangan yang begitu enak padanya. Saya pelajari resipi terbaru dan berhias sebaiknya untuk menambat hati suami.
"Satu malam selepas menikmati hidangan makan malam, Affendi turut menghadiahkan saya seutas jam tangan.
"Saya sangka malam kami begitu indah, hinggalah tangan saya direntap dengan kuat dan makanan yang ada di atas meja dilibas Affendi dengan pakaiannya.
"Jantung saya berdebar, saya amat takut dan melihat mata Affendi juga berubah menjadi merah. Dia kata dia sayang saya tapi terpaksa buat begitu supaya saya tidak mengambil kesempatan atas kebaikannya. Saya pelik kenapa dia bersikap begitu padahal dia dulu seorang yang lemah lembut sahaja," cerita Arisa yang masih tidak mempunyai cahaya mata.
Rupa-rupanya bukan sekali, malah episod penderaan emosi dan fizikal pada Arisa terjadi berkali-kali hingga satu hari Arisa mengambil keputusan lari dari rumah selepas Affendi mengugutnya dengan sebilah pisau ketika dia sedang mencuci pinggan di dapur.
"Saya panik, walau pisau itu kecil saja namun ia hampir mengenai tengkok saya. Dalam ketakutan saya pujuk Affendi untuk tidak mencederakan saya. Anehnya Affendi juga menangis tapi dia kata dia perlu melakukan sesuatu supaya cinta saya padanya tidak beralih pada lelaki lain.
"Saya memang musykil dengan sikapnya. Keadaan dirinya juga adakala kemas namun adakala kusut masai dan keanehan dirinya makin menjadi menjelang waktu malam.
"Berbalik kepada kisah saya keluar rumah tadi, saya memang sehelai sepinggang, paling jauh pun saya mampu terfikir rumah kak Nah, jiran belakang yang jarang saya bersembang namun beberapa kali terserempak di kedai. Entah kenapa pada kak Nah saya luahkan semua.
"Kak Nah juga menawarkan saya tidur di rumahnya pada malam itu. Kebetulan kak Nah ibu tunggal jadi saya tidak begitu kekok bermalam di rumah kak Nah.
"Setelah bersembang, kak Nah memberitahu saya bahawa dia pernah mendengar cerita yang hampir sama berlaku kepada sahabatnya dahulu.
"Kata kak Nah lagi sahabatnya itu telah merujuk kes pada seorang pakar psikologi dan juga seorang ustaz. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri cuma yang payahnya suami memang tidak akan mahu untuk dibawa ke mana-mana atas alasan dia tidak sakit dan dia tidak gila untuk bertemu pakar sakit jiwa.
"Suami saya ini kalau di depan orang lain terutama ahli keluarga memang baik dan bersopan santun, tapi sikap sebenarnya hanya saya yang tahu. Dan sekarang kak Nah juga tahu dan mahu menolong kami," cerita Arisa panjang lebar.
Akhirnya setelah memendam rasa selama setahun Arisa mengambil keputusan menuntut cerai fasakh. dia tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk berhadapan dengan suami yang ganas dan sukar diceritakan pada ahli keluarga akan sikap sebenarnya.
Pun begitu kehidupan Arisa tidak tenang kerana masih diganggu Affendi, sehingga akhirnya dia membawa diri ke timur semenanjung dan menemui ketenangan di sebuah perkampungan nelayan di sana.
Arisa juga menukar nama pengenalan diri dan mengubah penampilan diri agar sukar dikesan bekas suami.
Kini Arisa bergelar usahawan wanita dan selepas tiga tahun episod sedih berlalu dari hidupnya dia telah bertemu dengan seorang duda penyayang yang menyintai dirinya sepenuh hati

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_01/Suami-ganas-Arisa-larikan-diri#ixzz2gox9Xtbm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, August 19, 2013

tidak pernah ambik ikhtibar tentang mercun

Buta mata kanan terkena mercun


Gambar kiri: Wajah asal mangsa letupan mercun, Aleya Alysya Abd. Rahim, 8, sewaktu bersama ibunya, Intan Alias. Gambar Kanan: Aleya Alysya sewaktu menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Putrajaya, semalam.
SUBANG JAYA 18 Ogos - Kegembiraan sebuah keluarga menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada anak mereka berusia lapan tahun buta mata kanannya akibat terkena letupan mercun ketupat, semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Aleya Alysya Abd. Rahim bersama beberapa sepupunya sedang bermain bunga api serta mercun di hadapan pintu rumah bapa saudaranya di Taman Tasik Prima, Puchong di sini pada pukul 11.30 malam, iaitu selepas majlis tersebut selesai.
Bagaimanapun, lilin yang digunakan untuk memasang bunga api dan mercun itu tiba-tiba terjatuh setelah terkena sejumlah mercun yang diletakkan di atas lantai seterusnya mengakibatkan letupan kuat.
Letupan itu terkena muka kesemua mangsa namun kecederaan Aleya Alysya paling teruk apabila terkena mata kanan sehingga terpaksa dibedah.
Dua lagi sepupunya iaitu Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 7, turut cedera termasuk seorang daripada mereka juga terpaksa menjalani pembedahan di paha.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati letupan kuat itu mengakibatkan sebahagian siling di bahagian tempat letak kenderaan di rumah mangsa retak dan jatuh.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, setakat pukul 5 petang ini, belum ada laporan dibuat tetapi keluarga mangsa telah dikunjungi pihak polis untuk mendapatkan situasi sebenar kejadian.
"Berdasarkan keterangan bapa Nasha Nurkistina, anaknya itu bersama sepupu yang lain termasuk Aleya Alysya bermain mercun jenis ketupat di hadapan rumah dengan menggunakan lilin.
"Ketika sedang bermain, lilin itu terjatuh lalu terkena mercun yang diletakkan di lantai dan keadaan itu menyebabkan letupan kuat sehingga terkena tiga daripada mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ah Chua berkata, kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Wednesday, August 14, 2013

raya bersama atok


  • Aidilfitri penuh kepiluan Norhakikah dan Muhammad Nur Ridzwan kini tinggal bersama datuk dan nenek mereka, Hashim dan Zamah yang kini tinggal di Kampung Ara Payung, Batu Gajah.
1 / 3
Sambutan Aidilfitri tahun ini mencetuskan kepiluan dalam hati dua beradik lebih-lebih lagi ia adalah sambutan pertama tanpa insan tersayang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh digambarkan kepada Nor Hakikah Rosli, 14 dan adiknya, Muhammad Nur Ridzwan, 10, yang terpaksa meneruskan hari-hari mendatang.

Tiada lagi riuh rendah ibunya, ZsaZsanomi Hashim, 44, mengejutkan mereka dua beradik untuk bersiap-siap mengenakan baju baru dan serta bau lemang dan rendang ayam yang dimasak ayahnya, Rosli Aliman, 52 di pagi Syawal.

Mengimbas memori indah bersama kedua ibu bapanya, Nor Hakikah yang selesa dipanggil Nor mengakui setiap kali sambut Syawal, ayahnya paling mengambil berat soal keperluan dia dan adiknya.

“Dalam menyediakan juadah di pagi raya, abah paling sibuk kerana dia pandai masak. Malah, abah sudah merancang menyediakan tomyam di pagi raya untuk kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

“Mak pula walaupun tidak pandai masak. Mak rajin bantu ayah sediakan pelbagai masakan serta mengemas rumah. Sebelum mak ‘pergi’, dia ada meluahkan hasrat untuk memasang langsir baru di rumah kami, Kampung Serapoh, Parit,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan St Bernadette’s Convent itu menceritakan kenangan raya, adiknya yang dipanggil ‘Mat’ hanya menutup muka sekali sekala mengesat air mata berikutan rapat dengan arwah ibunya.

Menurut Nor, kenangan bersalaman kedua ibu bapanya di pagi Syawal meninggalkan kesan mendalam terhadap diri mereka.


Hari meragut kebahagiaan

“Jaga adik dan belajar rajin-rajin,” itulah amanat terakhir yang disampaikan seorang ibu kepada anak sulungnya sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya seminggu sebelum umat Islam menyambut Syawal.

Bebanan yang ditanggung di usia muda, Nor menggalas amanat ibunya untuk terus menjaga dan menyayangi adiknya yang kini tinggal bersama datuk dan neneknya di Kampung Ara Payung, Batu Gajah.

Mengenang kembali kenangan pahit pada 23 Jun lalu, Nor menerima kehadiran tiga anggota polis bermotosikal ketika sibuk mengemas rumah pada hujung minggu manakala Mat bermain di halaman rumah.

Katanya, dia tidak mahu percaya perkhabaran dari anggota polis yang memberitahu kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.

“Saya seolah-olah bermimpi. Saya masih harap mak dan abah selama. Saya bayangkan mereka hanya cedera ringan.

“Ketika tiba di Hospital Batu Gajah, terasa diri saya menggeletar apabila kaki menuju ke rumah mayat dan bukan wad kecemasan. Perasaan takut menguasai diri dan akhirnya saya reda,” katanya.

Dalam kemalangan ngeri itu, motosikal yang dinaiki Allahyarham Rosli dan Zsazsanomi terpelanting selepas dirempuh Toyota Hilux ketika dalam perjalanan menuju ke rumah datuk mereka di Kilometer 16.5, Jalan Ipoh – Lumut berhampiran Tronoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah termasuk putus kaki. Bagaimanapun, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Mewah, Batu Gajah.


Bukan beban jaga dua beradik

“Bukan beban tetapi penyeri selepas kehilangan dua anak sekali gus dalam tempoh tiga bulan,” demikian kata ibu Allahyarhamah Zsazsanomi, Zamah Yeop, 64, ketika ditanya mengenai kehadiran dua beradik di jagaannya bersama suami, Hashim Mat,
65.

Menurutnya, 2013 merupakan tahun amat sukar apabila anak sulungnya, Zsazsanomi menghadap Ilahi ketika dia baru pulih daripada kehilangan anak ke limanya, Hasbul Hisham, 36, akibat sakit mengejut.

Katanya, pemergian Zsazsanomi amat memilukan kerana anaknya itu dalam perjalanan menemuinya dengan membawa sayuran kampung kegemarannya antaranya jering, pucuk paku, kangkung dan sebagainya.

“Sebelum dia datang, dia ada telefon dalam jam 8 pagi bertanya khabar. Saya sempat pesan padanya untuk berhati-hati kerana mereka naik motosikal,” katanya.

Zamah berkata, kedua-dua anaknya itu sangat rapat dengannya malah, menyenanginya kerana rajin membantu sebelum Aidilfitri.

“Bila rindu dan terkenang, saya akan menemani mereka waktu tidur dan mencium Nor kerana wajahnya saling tidak tumpah macam ibunya,” katanya dalam nada sebak.

Tuesday, July 16, 2013

akibat mercun

Tangan hancur selepas belerang mercun meletup


Keadaan tangan kiri seorang pemuda yang hilang beberapa jari setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kota Bharu, Sabtu lalu.
KOTA BHARU 15 Julai - Tindakan seorang pemuda membuat uji kaji dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila 'bahan uji kaji' itu meletup ketika dalam genggamannya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang beberapa hari lalu mengakibatkan pemuda berusia lingkungan 20-an putus jari tengah dan manis manakala tapak tangannya turut terkoyak.
Menurut sumber, sejurus selepas kejadian pemuda itu dibawa ke sebuah hospital di bandar ini untuk menerima rawatan ekoran kecederaan parah yang dialami.
"Pemuda itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung meletup.
"Dia memasukkan belerang dalam batang besi payung dan ketika hendak memampatkan bahan tersebut, tiba-tiba belerang itu meletup sehingga mengenai tangannya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut sumber itu lagi, pemuda itu melakukan perbuatan tersebut bersama beberapa rakannya namun hanya dia seorang yang mengalami kecederaan.
Kejadian kecederaan akibat letupan mercun itu merupakan yang pertama berlaku di negeri ini seminggu selepas umat Islam menyambut Ramadan.

Sunday, June 9, 2013

jangn terpedaya dengan mat afrika

Jerat cinta siber awang hitam
Wartawan Sinar Harian
8 April 2013
Jerat cinta siber awang hitam
Antara barang rampasan polis yang dibuat selepas Chan membuat laporan polis memaklumkan kejadian yang menimpanya
Jerat cinta siber awang hitam
Syed Ismail melihat barang rampasan selepas tujuk suspek yang terlibat dalam kes penipuan Chan diberkas.
Jerat cinta siber awang hitam
Antara barang rampasan polis yang dibuat selepas Chan membuat laporan polis memaklumkan kejadian yang menimpanya.
“Oh bidadariku... aku bersyukur kepada tuhan kerana kamu hadir dalam hidup ku. Aku tidak dapat berhenti daripada terus mencintai mu. Kamu sebahagian daripada hidup ku.” Begitulah terjemahan kata-kata manis seorang lelaki kepada Chan, 35, yang tinggal di Hong Kong.

Lelaki itu dikenalinya di sebuah laman sosial, khas untuk mencari jodoh. Dalam perkenalan mereka itu, teman lelakinya mengaku berasal dari Malaysia.

Perhubungan cinta mereka terjalin dalam tempoh kurang setahun. Dalam tempoh itu, mereka tidak pernah bertemu. Semua itu tidak menjadi halangan buat mereka kerana melalui perbualan telefon, perhubu- ngan mereka bertambah erat.

Chan sudah menganggap teman lelakinya itu juga sebagai nyawanya sendiri. Apa sahaja yang diminta oleh teman lelakinya akan diutamakan.

Sepanjang percintaan maya itu, Chan sudah enam kali memasukkan wang ke dalam akaun teman lelakinya. Alasannya adalah untuk membantu ibu sakit, ingin membeli kereta buat masa hadapan dan belanja perkahwinan. Semuanya berjumlah hampir RM200,000.

Akhirnya Chan menyedari bahawa segala impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama teman lelakinya itu hanya sebuah mimpi. Selepas sejumlah wang dimasukkan dan janji manis lelaki itu untuk bertemunya, lelaki hidung belang itu terus menghilangkan diri.

Chan berusaha datang ke negara ini dan terus membuat laporan polis. Hasil pantas Polis Diraja Malaysia, tujuh lelaki warga Afrika diberkas di sebuah rumah di Bukit Beruang, Melaka.

Kisah love scam

Kisah percintaan maya Chan merupakan sebahagian daripada yang pernah menjadi mangsa. Semuanya bermula daripada perkenalan singkat di sebuah laman sosial. Begitu mudah mereka tertipu dan menjadi mangsa. Minggu ini Modus Operandi akan mengupas isu jerat cinta internet atau love scam.

Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan pada sidang medianya baru-baru ini dalam memperjelaskan jenayah love scam.

Sindiket love scam:

Sindiket antarabangsa ini menjadikan negara kita sebagai tempat operasi. Sindiket ini terdiri daripada ahli warga Afrika. Biasanya ahli sindiket akan menyewa sebuah rumah untuk dijadikan markas operasi. Berikut merupakan cara kumpulan ini beroperasi:

Modus operandi:
1. Suspek menggunakan identiti palsu.
2. Menggunakan laman sosial untuk menjerat mangsanya.
3. Memperdayakan mangsa dengan janji cinta yang tidak wujud.
4. Meminta mangsa memasukkan sejumlah wang kepadanya.
5. Menggunakan beberapa akaun milik rakyat tempatan.
6. Menghilangkan diri selepas mendapat sejumlah wang.
7. Biasanya percintaan terjalin dalam tempoh yang lama.


Mangsa:
Terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. Biasanya mangsa ialah individu yang tinggal di luar negara, dalam kata lain bukan warga tempatan.
• Wanita belum berkahwin
• Lelaki belum berkahwin
• Wanita lanjut usia
• Lelaki lanjut usia

Nasihat polis
• Pengguna internet perlu tahu bahawa terdapat akaun lama sosial yang menggunakan identiti palsu di ruang internet.
• Jangan memberikan butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru di internet.
• Jangan mudah bersimpati dengan orang yang baru dikenali di internet.
•  Sebelum membuat apa-apa transaksi perbankan, pengguna haruslah membuat pengesahan lanjut bagi mengesahkan individu yang mereka berurusan.
• Bagi pemilik akaun bank tempatan, jangan sesekali memberi pinjam akaun bank anda kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali atau baru dikenali. Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemilik akaun bank yang didapati akaunnya digunakan oleh pihak sindiket.

Cara perlaksanaan sindiket:
1. Mempunyai buku skrip khas di mana suspek akan membacanya semasa menghubungi mangsa.
2. Skrip tersebut memuji kecantikan dan kekuatan cinta mereka bagi memperdayakan mangsa.
3. Ada ketikanya setelah lama berkenalan, suspek akan meminta pertolongan mangsa supaya membantunya dari segi kewangan ekoran masalah yang dihadapi.
4. Berjanji dengan mangsa akan berkahwin selepas masalah selesai.
5. Pengeluaran wang daripada akaun milik tempatan akan dilakukan secara berperingkat.
6. Jika pengeluaran yang banyak, mereka akan mengeluarkan wang di kaunter bank.

Wednesday, June 5, 2013

kanak2 maut di kolam villa

Budak lemas dalam kolam
Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2013
Budak lemas dalam kolam
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tampin.
Budak lemas dalam kolam
Kolam renang tempat mangsa ditemui lemas.
ALOR GAJAH - Hasrat seorang bapa menunaikan umrah dengan membawa anak kecilnya tidak kesampaian, apabila anaknya itu meninggal dunia selepas ditemui lemas di kolam sebuah vila yang disewa mereka di resort Simpang Ampat, di sini semalam.

Hannah Adeena Shaipuddin, 4, ditemui lemas di dasar kolam renang belakang vila berkenaan, ketika ibu bapa mereka keluar.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa tinggal bersama kakaknya, Nursyara Adzmin, 16, dan Nursyara Batrisya, 13, serta abangnya, Nazhan Yusof, 10.

Manakala bapa mereka, Shaipuddin Shafie, 47, menghadiri mesyuarat di Jasin, sementara ibu mereka Saripah Gani, 41, menghantar anak sulung, Shafizal Azrin, 18, mendaftar di sebuah kolej di Ayer Paabas.

Shaipuddin berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada isterinya memberitahu anaknya lemas.

“Sebaik menerima panggilan dari isteri, saya terus ke Hospital Tampin dari Jasin dan mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya yang tinggal di Bukit Jelutong.

Menurutnya, memang tahun ini dia berniat membawa anaknya itu menunaikan  umrah di Makkah menggunakan wang simpanan sejak arwah masih bayi lagi.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua kakak dan seorang abangnya mandi dalam kolam sebelum mereka naik dan masuk semula rumah. Ketika itu abang mangsa menyedari adiknya itu tiada.

“Tiga beradik itu cuba mencari mangsa dalam rumah dan keluar ke hadapan rumah, namun tidak menemui mangsa sebelum kakak sulung mangsa tinjau ke dalam kolam renang,” katanya.

Menurutnya, menyedari keadaan mangsa tertangkup di dasar kolam renang, kakak sulung mangsa terjun ke kolam dan membawa mangsa yang tidak sedarkan diri naik, lalu menghubungi pengurusan resort berkenaan.

“Panik melihat keadaan mangsa, kakak sulung mangsa memberikan pertolongan cemas dan hanya sedikit air keluar dari mulut mangsa sebelum pihak resort memberi rawatan,” katanya.

Beliau berkata, tanpa sempat menghubungi ibu bapa, kakak mangsa terus menemani mangsa yang dibawa ke Hospital Tampin sebelum disahkan meninggal dunia.

“Difahamkan, terdapat makanan yang tersekat pada kerongkong mangsa hingga mengakibatkan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dilakukan kakak mangsa tidak membuahkan hasil,” katanya.

Sementara itu, Nursyara Adzmin berkata, pagi sebelum kejadian, adik bongsunya itu sempat menikmati sarapan nasi lemak dan ayam goreng sebelum mandi di kolam.

“Ketika arwah ditemui, dua pelampung tangan sudah tiada lagi di tangannya. Keadaan arwah pucat lalu saya terus hubungi kaunter resort untuk dapatkan bantuan kecemasan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Saturday, June 1, 2013

3 hero

Tiga sekawan jadi hero selamatkan mangsa

Harudis Busan (dua dari kiri), Nerius (tiga dari kanan) dan Harimi Taju (kiri) dianggap hero selepas menjadi 'pasukan penyelamat' pertama menyelamat mangsa bot karam di Sungai Rajang, semalam.
BELAGA 31 Mei - "Kami tidak terfikir tentang rasa penat langsung, kami hanya mahu selamatkan penumpang seramai yang boleh dan secepat mungkin."
Demikian pengakuan tiga sekawan yang dianggap hero selepas menjadi 'pasukan penyelamat' pertama tiba membantu para penumpang yang hampir lemas dalam tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, dekat sini Selasa lalu.
Harudis Busan, 41, adiknya Nerius, 36, serta Harimi Taju, 30, layak diberi pujian kerana bukan sekadar menyelamatkan seorang atau dua mangsa, sebaliknya hampir 100 daripada mereka.
Lebih membanggakan, tiga sekawan dari rumah panjang Temenggung Matu, Sekepan Panjang itu sanggup berulang-alik menghantar mangsa ke tebing sebelum kembali ke tengah sungai dengan hanya menggunakan dua buah bot kecil.
Menurut Harudis, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mereka bertiga sedang memotong kepingan kayu di tebing sungai.
Katanya, dia kemudian melihat bot ekspres itu yang sarat dengan penumpang seolah-olah gagal dikawal manakala enjinnya mati sebelum terlanggar batu dan terbalik.
"Penumpang menjerit ketakutan. Mereka yang duduk di luar serta di atas bumbung bot pula segera terjun ke dalam sungai dan cuba berenang namun hanyut dibawa arus kuat.
"Kami memang sudah tidak fikir panjang, terus naik bot dan tarik penumpang yang hanyut masuk ke dalam bot sehingga penuh, hantar mereka ke tebing dan patah balik selamatkan yang lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Harudin memberitahu, setelah lebih setengah jam membantu mangsa, penduduk kampung lain kemudian tiba bersama bot masing-masing untuk menghulurkan bantuan.
"Saya sudah tidak boleh ingat berapa kali kami ulang-alik, namun saya lega mangsa-mangsa tersebut selamat. Cuma saya terkilan ada penumpang yang hilang dan gagal dikesan sehingga sekarang," katanya.
Tindakan tiga sekawan membantu mangsa tragedi berkenaan turut mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpag yang memuji keberanian mereka ketika meluangkan masa melawat beberapa rumah panjang di sekitar kawasan nahas semalam.

Sunday, May 26, 2013

syahid zaman ini

Perkongsian Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
Maha benarlah firman Allah,
Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah.
[Ali –Imran: 167-170]
Begitu juga hadith Nabi saw,
Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

Saturday, May 25, 2013

tiada tempat berteduh

Bangsal jadi tempat berteduh
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2013
Bangsal jadi tempat berteduh
Keadaan dari luar rumah Hamat.
Bangsal jadi tempat berteduh
Tiada kemudahan asas termasuk air bersih di bangsal buruk Hamat dan juga menggunakan cara lama untuk memasak air serta menanak nasi.
MARANG – Seorang pengawal keselamatan warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan, meminta kerajaan BN yang kembali diberi mandat oleh rakyat pada PRU13, membela nasibnya.

Hamat Yusoff, 72, berkata, dia terpaksa tinggal di sebuah rumah usang tanpa dinding serta tiada kemudahan asas dalam sebuah kebun getah.

“Selepas bercerai kira-kira 20 tahun lalu, pelbagai pekerjaan telah saya lakukan untuk meneruskan kehidupan termasuk yang terakhir menjadi pengawal keselamatan di sebuah kilang simen di Chendering, namun saya tidak mampu membina rumah sendiri,” katanya.

Bapa kepada 13 anak itu termasuk tiga anak kurang upaya (OKU) itu berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya lebih sesuai dipanggil bangsal buruk yang dibina dalam kebun getah, dekat Taman Purnama, Rusila di sini.

Hamat juga dikenali sebagai ‘Pok Mat Tebu’ oleh penduduk setempat berkata, dia tidak menyalahkan kerajaan kerana tidak diberikan pembelaan, namun masih berharap agar dapat menikmati kehidupan selesa seperti rakyat Malaysia yang lain.

Menurut warga emas memperoleh gaji bulanan RM600 sebulan itu, disebabkan bangsal buruk yang didiaminya itu tiada dinding, barang-barang peribadinya termasuk wang gajinya sering dicuri orang.

“Sudah banyak kali wang saya dicuri, malah saya sendiri disamun sebanyak dua kali tahun ini. Saya kini trauma dengan kehadiran orang tidak dikenali sekitar sini dan berharap dapat tinggal di rumah lebih selesa dengan adanya bantuan daripada kerajaan.

“Saya mempunyai tanah pusaka dalam keluasan terhad jika ia boleh dijadikan sebagai tapak rumah dan terpaksa memohon dengan cara ini kerana permohonan saya sebelum ini tidak pernah diendahkan mungkin kerana fahaman politik yang berbeza,” katanya.

Friday, May 24, 2013

jalan maut sempadan kelantan

Jalan sakaratul maut
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2013
Jalan sakaratul maut
Nahas dua kereta di Bukit Yong yang meragut nyawa ibu dan anak dalam pelukan pada Jun 2008.
Jalan sakaratul maut
Keadaan kereta yang terbabas dan terperosok di bawah lori balak dalam kejadian pada April 2009.
Jalan sakaratul maut
Kemalangan membabitkan van dan kereta yang meragut dua nyawa di Wakaf Raja, Jumaat lalu.
Jalan sakaratul maut
Enjin terpelanting keluar selepas kereta merempuh pokok kelapa dalam nahas yang meragut nyawa pemandunya pada September 2008.
PASIR PUTEH - Jumaat lalu (17 Mei), dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 49 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Wakaf Raja dekat sini.

Kemalangan berlaku apabila kereta mereka bertembung van dari arah bertentangan yang terbabas dan memasuki lorong mereka.

Masyarakat sekitar lali dengan kes seperti itu kerana ia antara banyak kes kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 48 (simpang Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja) hingga ke Kilometer 52 (selekoh sempadan Bukit Yong) Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Tiada jawapan pasti

Tiada siapa dapat menjawab kekerapan nahas ngeri meragut nyawa pada jarak empat kilometer itu.

Malah, jalan itu seperti ‘ketagih’ mangsa dan tidak membiarkan tahun berlalu tanpa percikan darah.

Mungkin bagi kemalangan sekitar Kilometer 48 dan 51 terjadi akibat selekoh yang mengelirukan terutama bagi pengguna tidak arif laluan tersebut.

Namun, nahas Jumaat lalu berlaku di jalan lurus, satu kilometer dari selekoh Wakaf Raja.

Begitu juga bagi nahas 6 September 2009 yang meragut nyawa dua beranak dan pemandu selepas kereta mereka digilis bas, tidak berlaku di selekoh, ia berlaku di Kilometer 50.

Dua selekoh bahaya

Selekoh berhampiran sempadan Kelantan Terengganu di Bukit Yong menjadi saksi kemalangan ngeri dan menyayat hati pada 15 Jun 2008, di mana seorang ibu dan anaknya mati dalam keadaan berpelukan dalam nahas membabitkan dua kereta.

Beberapa bulan kemudian pada 19 September 2008, di selekoh Wakaf Raja, seorang lelaki yang memandu kereta sendirian maut apabila keretanya terbabas dan merempuh pokok kelapa di Kilometer 48.

Pada 7 April 2009, seorang pemandu meninggal dunia di tempat kejadian apabila keretanya dari arah Jerteh terbabas merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum terperosok di bawah lori balak.

Pada 6 Februari 2010 pula, seorang lagi lelaki maut selepas keretanya terbabas merempuh tiang rumah sebelum tersadai di tiang elektrik tidak jauh dari selekoh Wakaf Raja.

Manakala tahun lepas, satu keluarga tergamam dan ketakutan apabila kereta dari arah Jerteh merempuh rumah mereka selepas terbabas ketika melalui selekoh, mujur ia hanya merosakkan harta benda.

Kemalangan di kedua-dua selekoh itu sepatutnya dipandang serius dan perlu mekanisme bagi mengatasi kawasan itu terus mengundang celaka.

Penyelesaian perlu

Jika di selekoh Bukit Yong, ramai beranggapan ia bahaya kerana keadaan jalan yang kerap kali ‘diganggu’ batu kuari bertaburan, namun di selekoh Wakaf Raja yang nampak selamat menjadi persoalan.

Ketepikan unsur puaka yang menjadi buah mulut penduduk setiap kali berlaku kemalangan maut di situ, jalan penyelesaian mesti dicari bagi memastikan selekoh itu lebih selamat.

Mungkin boleh dikatakan, selain keadaan jalan, faktor kemalangan banyak berpunca daripada kecuaian manusia.

Namun langkah-langkah untuk menghalang kemalangan di kawasan ini perlu juga diambil.

Tidak salah jika tanda amaran lebih besar diletak di kawasan berkenaan supaya pengguna jalan raya sedar mereka telah memasuki zon berbahaya sekali gus menidakkan gelaran ‘Jalan sakaratul maut’ itu berterusan.

Monday, May 20, 2013

siput sedut

Menangis tak dapat rasa siput sedut air tangan isteri
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2013
Menangis tak dapat rasa siput sedut air tangan isteri
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil: Allahyarham Borhan Adam
KRUBONG - Hasrat seorang pemandu lori untuk menikmati masak lemak siput sedut tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Krubong-Pantai Belimbing di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Borhan Adam, 46, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Corona yang datang dari arah bertentangan.

Menurut isteri mangsa, Roszimah Shaharudun, 45, ketika kejadian, suaminya itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Krubong Jaya ke tempat kerjanya di sebuah kedai menjual bahan binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Krubong.

“Suami keluar rumah awal pagi kerana dia perlu menghantar barang pembinaan ke Kuantan, Pahang.

“Hampir setiap hari dia keluar awal pagi kerana perlu menghantar barangan kepada pelanggan yang terletak di luar Melaka,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam.

Roszimah berkata, dia bagaimanapun berasa terkilan apabila tidak dapat memenuhi hasrat terakhir suaminya itu untuk memakan masak lemak siput sedut.

“Tengah hari semalam (kelmarin), suami ada meminta saya memasak siput sedut namun saya tidak dapat masaknya kerana bahan-bahan seperti siput sedut, santan dan keladi tiada di rumah.

“Sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 petang, dia bertanyakan sama ada saya sudah memasak siput sedut dan berasa kecewa hingga menangis apabila diberitahu saya tidak sempat memasaknya kerana ketiadaan bahan,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke Kuala Lumpur menziarahi ibunya dan hanya mengetahui suaminya itu ditimpa kemalangan apabila menerima panggilan telefon daripada anak saudaranya pada jam 6 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal miliknya dari arah Taman Krubong Jaya menghala ke persimpangan lampu isyarat Krubong/Lebuh SPA di sini.

“Tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang datang dari arah bertentangan telah terbabas lalu memasuki laluan mangsa.

“Kereta ini kemudian melanggar motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke atas atas cermin kereta hadapan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Katanya, kereta terbabit ditinggalkan pemandunya kira-kira kira 100 meter dari tempat kejadian kerana bimbang akan keselamatannya namun telah melaporkan kemalangan berkenaan kepada pihak polis tengah hari semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Friday, May 10, 2013

kunci jadi punca dara sunti di bunuh

 

Budak 11 tahun dirogol, bunuh

Nur Amyliana Shuhada
KLANG 9 Mei - Jenayah kekerasan terhadap kanak-kanak berulang kembali dan kali ini, seorang budak perempuan berusia 11 tahun bukan setakat menjadi mangsa memuaskan nafsu pelaku malah dia yang tidak berdosa turut dibunuh.
Pembunuhan kejam ini menggemparkan penduduk kawasan Bukit Tinggi di sini apabila mayat kanak-kanak malang itu, Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, mayat mangsa ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.
Beliau berkata, sejurus menerima panggilan daripada orang awam, sepasukan anggota polis dan pegawai perubatan hospital telah dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.
"Hasil pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan pendarahan pada bahagian kemaluan.
"Kita syak kanak-kanak tersebut telah dirogol berdasarkan kesan pendarahan tersebut dan percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad berkata, susulan kejadian ini dan siasatan lanjut pihak polis, dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun ditahan di sekitar kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 pagi ini bagi membantu siasatan.
"Polis turut menemukan satu penyodok tanah berhampiran lokasi mayat mangsa ditemui dipercayai dibawa salah seorang suspek untuk menanam mayat mangsa.
"Bagaimanapun, suspek mungkin tidak sempat berbuat demikian kerana terdapat beberapa individu melalui kawasan tersebut," katanya.
Mohamad memberitahu, kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Mei ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

'Mak jangan pergi, biar saya pergi dulu'

Sebahagian ahli keluarga menenangkan ibu mangsa, Acha Kusain (kiri) di Bukit Tinggi, Klang, semalam.
KLANG 9 Mei - Ibu kanak-kanak 11 tahun yang dibunuh dan dipercayai dirogol, Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor tidak menyangka bahawa kata-kata supaya dia 'jangan pergi' merupakan petanda tragedi malang akan menimpa keluarga mereka dan kehilangan anak ketiganya itu buat selama-lamanya.
Acha Kusain, 42, berkata, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, dia ada berbual bersama-sama dan anaknya mengungkapkan kata-kata; 'Mak jangan pergi dan risau, biar saya pergi dulu.'
"Semasa anak saya sebut perkataan itu langsung tidak terlintas ada perkara buruk berlaku. Rupa-rupanya, tanpa disangka kata-katanya itu merupakan petanda yang dia akan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
"Pemergiannya sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana arwah merupakan seorang yang peramah, ceria dan ringan tulang membantu melakukan kerja-kerja rumah," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Acha berkata, dia dan suami, Mohd. Noor Mustapha, 42, juga tidak menyangka kejadian yang paling ditakuti itu menimpa anak perempuan mereka yang mesra dipanggil 'Cinang'.
"Kami baru berpindah dari Kuantan, Pahang ke kawasan ini kira-kira dua bulan lalu dan sering mengingatkan anak-anak supaya sentiasa menutup pintu besi dan jangan sesekali membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
"Bagaimanapun, pada hari kejadian, anak sulung saya terbawa kunci rumah ke tempat kerja dan jadi arwah yang baru habis bermain tidak dapat memasuki rumah. Kami menyangka dia bermain di bawah dan hanya menyedari kehilangannya pada waktu petang," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, R. Kalaivanjini, 19, berkata, ketika itu, dia dan salah seorang rakannya dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran untuk membeli makanan.
"Ketika sedang berjalan, saya ternampak budak lengkap berpakaian terbaring dan menyangka mungkin dia sedang bermain.
"Setelah memanggil beberapa kali, tiada jawapan daripada budak itu. Saya yang ketakutan terus memanggil salah seorang pemandu bas supaya menghubungi pihak polis," katanya.

Sunday, April 28, 2013

kepala air maut

Tiga sahabat lemas ditelan kepala air

RAKAMAN melalui telefon bimbit seorang saksi kejadian menunjukkan kejadian kepala air yang meragut tiga rakan di kawasan perkelahan Batu Hampar, Kuala Kangsar kelmarin.


KUALA KANGSAR - Dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang mandi di kawasan perkelahan Batu Hampar di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas dekat sini ketika hujan lebat petang kelmarin mati lemas dihanyutkan arus deras kepala air.
Kejadian berlaku pada pukul 5.20 petang.
Mereka yang maut ialah Muhamad Khairul Safuan Tajudin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17, dan Nor Aida Azhar, 17.
Abang kembar kepada Muhamad Khairul Safuan iaitu Muhamad Khairul Azwan, 18, bagaimanapun terselamat dan mengalami cedera ringan.
Mayat Muhamad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi dia dihanyutkan.
Mayat Farah Anisah pula ditemui pada pukul 10.30 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Nor Aida ditemui pada pukul 7.30 pagi semalam kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan.
Muhamad Khairul Azwan yang terselamat berkata, mereka pergi ke kawasan itu bersama tujuh rakan lain.
"Hujan agak lebat ketika itu. Ketika kami bersiap-sedia untuk pulang, arus deras tiba-tiba datang dan menghanyutkan adik saya.
"Saya sendiri sempat berpaut pada pokok buluh di tebing sungai. Saya kemudian menyedari dua rakan kami iaitu Farah Anisah dan Nor Aida turut hilang," katanya.

Sunday, April 21, 2013

terlanggar anak

Maut dilanggar kereta bapa
Wartawan Sinar Harian
20 April 2013
Anak ketiga pasangan Alias dan Mariam, Nuramirah, 14, menunjukkan gambar Norain, 4, ketika ditemui d
Anak ketiga pasangan Alias dan Mariam, Nuramirah, 14, menunjukkan gambar Norain, 4, ketika ditemui di rumah mereka di Pulau Kerengga, Marang.
Maut dilanggar kereta bapa
Suasana sedih menyelubungi ahli keluarga sewaktu jenazah Norain tiba di rumah keluarga itu petang kelmarin.
MARANG – Malang. Itulah nasib sebuah keluarga apabila anak bongsu mereka meninggal dunia akibat dilanggar kereta dipandu bapa sendiri di Kampung Pulau Kerengga di sini, kelmarin.

Kejadian menyayat hati kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika bapa mangsa, Alias Ismail, 49, memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier miliknya untuk memasuki bahagian tempat meletak kereta dekat rumahnya.

Sebelum kejadian, Alias memberhentikan kenderaan sambil menunggu isterinya, Mariam Mohd Sidek, 44, menghantar kunci sebuah lagi kenderaan namun tidak menyedari anaknya, Norain, 4, mengikut rapat di belakang isterinya.

“Saya langsung tidak nampak atau menyedari Norain berada di situ. Saya hanya sedar apabila terasa seperti kenderaan terlanggar sesuatu.

“Saya macam bermimpi apabila mendapati Norain berada di bawah kenderaan,” katanya, semalam.

Berikutan kejadian itu, Alias segera membawa anak bongsunya yang mengalami kecederaan di kepala ke Klinik Kesihatan Marang, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, menurut ibu mangsa, Mariam Mohd Sidek, 44, anaknya disahkan meninggal dunia di HSNZ kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mariam berkata, beberapa hari sebelum tragedi berlaku, anak bongsunya itu sangat manja dengan bapanya.

“Kelakuannya agak pelik kerana dia sebenarnya rapat dengan saya,” katanya.

Jenazah Norain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulau Kerangga petang kelmarin.

Alias juga telah memberikan keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saturday, March 16, 2013

kerana pengganas

2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN & NURUL RIDUAN NOR ASHANA
16 Mac 2013
2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
Kassim
2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
Info: 2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
LAHAD DATU – “Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama."

Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.

Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak  setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.

"Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah.

"Rumah saya berlantaikan papan. Jika bergerak, pasti berbunyi. Mudah sangat mereka akan kesan kami. Berengsot sedikitpun saya sangat takut," katanya menceritakan detik debar bersembunyi dalam rumah sendiri, kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, hidup mereka susah dan tiada kereta. Kalau mahu keluar dari kampung, dia perlu kendong adiknya bersama.

"Kaki adik saya lumpuh. Pergerakannya terbatas. Badan dia pula agak bersisi. Saya tidak berdaya mengangkatnya. Tapi saya juga tidak boleh tinggalkan dia.

"Selepas kejadian tembak dan ada dua polis mati itu, semua orang cuba selamatkan diri dan keluarga masing-masing. Tak kan nak tunggu kami. Kami ditinggalkan.

Jadi saya nekad dan buat keputusan walau apa terjadi, saya akan tetap bersama Rasidah," katanya yang menghidap penyakit darah tinggi kronik.

Bekas tentera yang perkhidmatan terakhirnya lebih 20 tahun lalu di Pulau Pinang itu berkata, sepanjang 12 hari itu, mereka hanya makan bubur nasi sekali sehari sahaja bagi mengalas perut.

"Saya masak curi-curi. Mesti pastikan tiada bunyi, asap atau bau yang boleh buat musuh tahu.  Sepanjang 12 hari itu masa kami lebih banyak dihabis bersembunyi dalam bilik adik saya itu.

"Kerana terlalu takut dengan kelibat pengganas, kami tidur di bawah lapisan tilam-tilam. Manalah tau tiba-tiba mereka masuk, setidaknya mereka tak nampak kami ada di dalam rumah."

Bagaimanapun episod hitam Kassim dan adiknya itu berakhir apabila dia ternampak sepupunya yang dikenali Rahman secara kebetulan memasuki kampung berkenaan difahamkan bagi mengambil dokumen penting selepas 12 hari kejadian.
Seperti sinar baru hidupnya, dia memanggil Rahman. Rahman yang terkejut dengan panggilan itu terus menerpanya.
"Kata Rahman, kehilangan saya dan adik jadi bualan orang kampung sejak 1 Mac lalu.

"Apa boleh kami buat... kami tidak ada hala tuju. Kami juga tidak punya telefon untuk telefon sesiapa,” nada suara Kassim seperti mengeluh.
Lebih mengejutkan, Kassim juga langsung tidak mengetahui gugurnya dua wira negara sehinggalah ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.

“Ya ALLAH... aku bersyukur kepada MU. Sekali lagi engkau berikan peluang kepada aku dan adik untuk meneruskan kehidupan.”
Tiba-tiba ucapan itu keluar dari mulut Kassim. Butir jernih menitis. Segera dikesatnya.

Berkali-kali Kassim melahirkan rasa syukur dengan peluang kedua diberikan ALLAH kepadanya itu.

"Jika kami larikan diri, nasib kami belum diketahui. Mungkin ditangkap pengganas. Mungkin kami diapa-apan," kata Kassim kembali meluah rasa hatinya.

Sementara itu,  Sandhora, Kadre, 40, anak saudaranya yang mengaturkan pertemuan kami dengan Kassim berkata, sebaik mengetahui penemuan bapa saudaranya itu, dia terus ke rumah ustaz untuk mengadakan doa selamat.

“Itu respons spontan saya. Kami bersyukur sangat-sangat kerana sejak hari kejadian, kami terputus hubungan terus.

“Suami saya ada membuat pemeriksaan di beberapa kawasan termasuk hospital, tetapi usaha kami gagal menemui pak cik,” katanya.

Thursday, March 14, 2013

mohon bantu

Tiga beranak diami pondok usang
Wartawan Sinar Harian
14 Mac 2013
Tiga beranak diami pondok usang
Keadaan luar bahagian dapur rumah Sarina yang berdindingkan papan usang.
Tiga beranak diami pondok usang
Atap zink pondok usangnya yang bocor menyebabkan Sarina dan anak serta suaminya basah kuyup apabila tiba musim hujan.
Tiga beranak diami pondok usang
Sarina
DUNGUN- “Setiap kali hujan lebat, kami rasa takut, bimbang sekiranya bumbung rumah runtuh, bertahun kami tinggal dalam keadaan begini, akhirnya kami terpaksa pindah kerana merasakan rumah ini sudah tidak selamat lagi."
Demikian luahan Sarina Rosli, 35, seorang tukang cuci yang terpaksa melalui kehidupan bertahun lamanya di sebuah pondok usang, dekat sini.
Sarina yang menghubungi Sinar Harian untuk mendedahkan kisahnya berkata, kemiskinan hidup menyebabkan dia tidak mampu menyewa rumah lain dan terpaksa melalui kehidupan rumah tangga di pondok usang itu, biarpun keadaannya tidak layak dijadikan sebuah kediaman keluarga.
Sarina berkata, dengan pendapatannya sebagai tukang cuci syarikat kontrak kira-kira RM500 sebulan, dia tidak mampu membeli bahan binaan bagi membaiki rumahnya usang itu.

Tidak kemudahan elektrik, air

Suaminya pula, Mohd Nizam Abdullah, 41, yang kini cacat anggota tangan akibat kemalangan hanya bekerja kampung dan pendapatan diperoleh pula tidak menentu.
Katanya, sepanjang tinggal di pondok usang itu, dia sekeluarga melalui pelbagai cabaran termasuk berdepan ribut kencang yang menyebabkan sebahagian struktur pondok buruk itu menyembah bumi.
“Bila hujan, kami tiga beranak basah kuyup sebab atap bocor.
“Lantai pula reput, tiada kemudahan air bersih dan elektrik dan dengan keadaannya tidak selamat, kami akhirnya membuat keputusan berpindah," katanya.
Tidak mampu sewa rumah

Sarina menceritakan, buat masa ini, dia tinggal di rumah ibunya di Kampung Seberang Pintasan.

Katanya, keadaan rumah ibunya yang sempit, selain terpaksa berkongsi dengan empat lagi adik beradik lain menyebabkan dia perlu berpindah segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan sendiri.
Namun katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu untuk menyewa rumah.
Malah, sebahagian pendapatannya hanya cukup untuk membeli barang keperluan asas seperti beras selain menyara seorang anak perempuan, Puteri Raudah Shisha Mohd Nizam yang kini berusia empat tahun.
“Saya tidak tahu hendak minta tolong pada siapa, kalau ada pihak yang dapat memberi bantuan rumah pun sudah mencukupi kepada kami tiga beranak kini.
“Saya pernah mohon bantuan, namun sehingga kini saya masih lagi menunggu. Entah bila akan dapat dan kini fikiran saya buntu memikirkan nasib kami sekeluarga," katanya.

Harap ada pihak membantu
Sarina berkata, dia amat berharap agar ada pihak yang prihatin dengan nasibnya.
Katanya, dia bukanlah berniat untuk menjatuhkan sesiapa dengan pendedahan kisahnya ini, namun ioa salah satu cara untuk memohon bantuan.
"Saya tidak tahu hendak mengadu pada siapa, sebab itulah saya menghubungi Sinar Harian.

"Saya benar-benar mohon simpati agar ada pihak yang prihatin dan dapat membantu saya,” katanya.

Wednesday, March 13, 2013

duit belanja 50 sen

Sape-sape yg belum tido, sila baca ini. Jika anda pelajari sesuatu dari apa yang saya kongsikan ini, sila klik LIKE dan SHARE, tq :)
Kisah 50 sen |

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.
Kisah 50 sen |

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Thursday, March 7, 2013

ikat perut

Tujuh beranak terpaksa ikat perut
Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2013
Tujuh beranak terpaksa ikat perut
Siti Aminah berharap JKM mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan bantuan bulanan disebabkan kesusahan yang dialaminya.
SELENDANG – “Selagi nyawa dikandung badan, saya tak akan biar anak-anak terus hidup sengsara. Saya akan terus berjuang bagi memastikan mereka berjaya dalam pelajaran,” demikian kata ibu tunggal, Siti Aminah Abdullah, 36.

Siti Aminah yang hidup serba kekurangan mengakui berdepan cabaran dalam membesarkan enam anaknya seorang diri sejak kematian suaminya, Muhamad Asri Hasyim kira-kira setahun lalu.

Siti Aminah yang bekerja sebagai pekerja operasi am Ladang Plantation Felda Selendang hanya mengharapkan gaji asas sebanyak RM400 sebulan untuk menanggung perbelanjaan barangan dapur dan wang persekolahan anak-anak.

“Ikutkan memang tak cukup untuk sara enam anak, tapi hendak buat macam mana kerana ini saja yang mampu saya berikan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa berjimat cermat untuk membeli barangan keperluan hinggakan wang itu ada ketikanya tidak cukup terutama pada hujung bulan.

“Kadang-kadang saya terpaksa pinjam duit dengan ibu atau adik-beradik lain kerana wang tidak cukup. Apa boleh buat, kerana anak-anak baru membesar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga makan bubur kosong berlaukkan ikan masin atau sambal belacan.

Katanya, tiga daripada anaknya itu belajar di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah dan se-orang lagi di peringat pra sekolah.

“Saya terpaksa belanja lebih RM100 beli keperluan anak bongsu berusia setahun untuk beli susu dan lampin pakai buang.

“Mujur, anak-anak faham keperitan yang saya alami, malah saya menangis sendirian kerana mereka terpaksa ikat perut untuk ke sekolah kerana tidak ada wang belanja,” katanya.

Katanya, dia sebelum ini pernah meminta bantuan dan menceritakan nasib keluarganya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sehingga hari ini tiada satu pun maklum balas diterima.

“JKM ada juga datang ke rumah buat soal selidik, tapi tiada apa-apa jawapan yang saya terima setakat ini, walaupun sudah beberapa kali buat aduan kepada jabatan itu.

“Saya merayu kepada JKM supaya pertimbangkan permohonan ini bagi memastikan masa depan anak-anak terus terbela,” katanya.

tunggu dihalau

Tunggu masa dihalau keluar
AZIZAN INCHE HARUN
6 Mac 2013
Tunggu masa dihalau keluar
Maimun mencari rezeki dengan berniaga kuih muih untuk membesarkan anak-anak.
PASIR GUDANG - Sebuah keluarga di Taman Kota Masai, di sini buntu dengan masa depan anak-anaknya apabila kediaman mereka telah dilelong dan bakal dihalau pada bila-bila masa.
Ibu tunggal, Maimun Said, 42,  hanya mampu termenung memikirkan kesudahan nasibnya bersama empat anak yang masih tinggal bersama selepas usaha mendapatkan rayuan gagal.
Menurutnya, kehidupannya mula dirundung kepayahan hidup selepas tidak mampu bekerja berat akibat terlibat kemalangan motosikal sekitar Jun tahun lalu.

“Sebelum ini saya menyara kehidupan bersama lapan anak dengan berniaga nasi dan kuih-muih di Kampung Melayu Majidee.

“Tapi sejak terlibat kemalangan kehidupan saya agak susah kerana dah tak boleh bekerja berat sehingga bayaran rumah dan bil elektrik tertunggak.

“Saya dah cuba buat rayuan untuk membayar tunggakan secara bulanan, tapi mereka meminta RM7,000 dijelaskan segera sehinggalah rumah ini telah dilelong,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Maimun berkata, selain bergantung harap kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, dia dibantu anak-anak berniaga kecil-kecilan di depan rumah.

Bagaimanapun menurutnya, dugaan masih belum berhenti menghimpitnya apabila barangan perniagaannya rosak teruk akibat dipukul ribut pada bulan lepas.

“Berniaga rojak dan ais batu campur di depan rumah dapatlah juga menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Tapi sejak barangan rosak dipukul ribut, saya bersama anak-anak terpaksa menjaja kuih-muih sekitar taman perumahan ini untuk mendapatkan wang.
“Kalau boleh memang nak berniaga rojak macam dulu kerana pendapatannya agak mencukupi, tapi saya tak mampu nak beli baru barangan yang telah rosak,” katanya.

Katanya, selain hanya mengharapkan cahaya lilin pada waktu malam selepas bekalan elektrik dipotong sejak awal tahun ini, dia hanya mampu berdoa agar tidak dihalau dari rumahnya itu.

“Saya dah tak tau nak mengadu kepada siapa. Kalau pihak bank datang halau atau mangga rumah ini memang saya dah tak tau nak ke mana lagi.

“Bantulah saya.. Saya buntu dan sangat terhimpit dengan masalah yang melanda kami sekeluarga.

“Kalau diberi peluang, tolong pertimbangkan rayuan saya untuk selesaikan tunggakan bayaran rumah ini secara ansuran kerana saya nak terus tinggal di rumah ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Tiram, Datuk Maulizan Bujang berkata, pihaknya akan membantu dari segi mendapatkan barangan keperluan perniagaan yang telah rosak.

Menurutnya, pihaknya juga akan berusaha mendapatnya rumah kerajaan sekiranya ibu tunggal itu bersedia berpindah ke tempat lain.

“Dari segi barangan perniagaan yang diperlukan, kita akan bantu untuk mendapatkan barangan yang baru.

“Kita juga akan uruskan permohonan rumah kerajaan sekiranya masih ada kekosongan atau membantu keluarga itu untuk mendapatkan rumah sewa lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.