Friday, October 19, 2012

terjun selamatkan adik

Dua beradik terjun takut asap


MUNIRAH yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat selepas terjun dari atas sengkuap rumahnya yang terbakar kelmarin.


MELAKA - Demi adik yang dikasihi, seorang remaja bertindak nekad dengan memeluk adiknya itu sebelum mereka sama-sama terjun dari tingkat atas sebuah rumah teres di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam yang terbakar dekat sini kelmarin.

Sebelum kebakaran pada pukul 9.40 malam itu, Noor Munirah Syazwani Zakir, 16, dan dua adiknya, Mohd. Zarif Nazmi, 8, dan Yasin Amirul Aiman, 3, sedang menonton televisyen di ruang tamu di tingkat atas sebelum bahagian dapur rumah tersebut tiba-tiba terbakar.

Ibu bapa kepada tiga beradik itu, Zakir Abu Hussin, 38, dan Norizan Idris, 39, semasa kejadian sedang berniaga di Pasar Borong, Batu Berendam yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

Munirah yang panik selepas asap tebal memenuhi ruang tamu di tingkat bawah rumah terus membawa kedua-dua adiknya itu masuk ke sebuah bilik.

Melalui tingkap di bilik itu, Munirah kemudian membawa dua adiknya itu turun ke atas sengkuap rumah.

No comments:

Post a Comment