ARKIB : 19/10/2012
Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini.
Jika ada golongan ini yang menjadi isteri kedua secara rahsia maka mereka digelar perampas.
Pernahkah nasib mereka dibela? Bagi yang mempunyai karier pula tentulah akan mendiamkan diri kerana ingin menjaga status, tetapi naluri manusia tetap sama ingin berkeluarga.
Di mana pejuang-pejuang wanita yang membela nasib wanita?
Apakah golongan andartu bukan wanita? Kebanyakan mereka mendiamkan diri kerana budaya kita yang akan menyelar wanita yang tidak berkahwin bila cuba mendekati lelaki akan dianggap wanita tersebut gatal atau kemaruk jantan.
Pernahkah mereka terfikir nasib wanita golongan ini bila mereka tua nanti? Adakah ada tangan yang akan menyuapkan mereka nanti bila sakit nanti? Adakah ada tangan yang akan memimpin mereka bila tua nanti? Cubalah faham wahai penggubal undang-undang nasib golongan ini.
ZAHIZA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121019/fo_03/Setuju-syarat-poligami-dilonggar-bela-anak-dara-tua#ixzz29sixyTdr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Setuju syarat poligami dilonggar, bela anak dara tua
SAYA menyokong surat Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail yang berharap syarat berpoligami dilonggarkan.Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini.
Jika ada golongan ini yang menjadi isteri kedua secara rahsia maka mereka digelar perampas.
Pernahkah nasib mereka dibela? Bagi yang mempunyai karier pula tentulah akan mendiamkan diri kerana ingin menjaga status, tetapi naluri manusia tetap sama ingin berkeluarga.
Di mana pejuang-pejuang wanita yang membela nasib wanita?
Apakah golongan andartu bukan wanita? Kebanyakan mereka mendiamkan diri kerana budaya kita yang akan menyelar wanita yang tidak berkahwin bila cuba mendekati lelaki akan dianggap wanita tersebut gatal atau kemaruk jantan.
Pernahkah mereka terfikir nasib wanita golongan ini bila mereka tua nanti? Adakah ada tangan yang akan menyuapkan mereka nanti bila sakit nanti? Adakah ada tangan yang akan memimpin mereka bila tua nanti? Cubalah faham wahai penggubal undang-undang nasib golongan ini.
ZAHIZA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121019/fo_03/Setuju-syarat-poligami-dilonggar-bela-anak-dara-tua#ixzz29sixyTdr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment