KUALA TERENGGANU: “Walaupun layak digelar datuk memandangkan usia
saya dan anak jaraknya 65 tahun, namun saya tidak pernah menganggap ia
sebagai perkara memalukan,” kata Mohd Salleh Ismail, 66, merujuk
perbezaan umurnya dengan anak, Salwa Mohd Salleh yang berusia 13 bulan.
Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Suliza Ismail, 27, kira-kira 10 tahun lalu sebelum mereka dikurniakan Salwa yang lahir pada 16 September 2011.
“Apa yang hendak dimalukan dengan usia kerana semua itu ketentuan Ilahi.
“Saya menganggap anak anugerah Tuhan yang paling bernilai dan biarlah apa orang hendak kata kerana saya tidak mempedulikannya dan selagi hayat dikandung badan, saya akan berusaha membesarkan Salwa sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sahat, di sini, kelmarin.
Menurutnya, dia tidak mengamalkan sebarang petua khas untuk mendapatkan zuriat pada usia emas sebaliknya hanya berserah sepenuhnya kepada Tuhan.
“Saya berkahwin dengan isteri ketika usia saya 55 tahun manakala dia 17 tahun. Kami menunggu sembilan tahun untuk mendapat anak.
“Apabila isteri disahkan doktor yang dia hamil tahun lalu, saya
berasakan diri saya manusia paling bertuah ketika itu,” katanya.
Mohd Salleh berkata, Suliza adalah wanita ketiga dinikahinya selepas dua perkahwinannya sebelum ini gagal.
Katanya, dia berpisah dengan isteri pertama pada 1995 dan dikurniakan empat anak yang kini berusia antara 34 dan 40 tahun.
“Tidak lama selepas menduda, saya berkahwin lagi. tetapi jodoh kami tidak panjang apabila berpisah pada tahun 2000 dan kami tidak mempunyai anak,” katanya.
Mohd Salleh berkata, dia bersyukur kerana dalam kepayahan hidupnya bekerja sebagai pengayuh beca dengan pendapatan kira-kira RM300 sebulan, keluarganya turut menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sebanyak RM250 sebulan.
“Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ladang Sahat juga banyak membantu menyalurkan bantuan kepada kami sekeluarga yang tinggal di kawasan setinggan ini.
“Begitupun dalam usia emas ini, saya sebenarnya gusar kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja mengayuh beca kerana lutut kerap sakit sehingga membataskan peluang mendapatkan lebih wang untuk menyara keluarga,” katanya.
Sementara itu, Suliza berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia.
“Saya bahagia hidup dengan suami terutama kerana sikapnya penyayang walaupun kami serba kekurangan di kawasan setinggan ini.
“Biar apa orang hendak kata termasuk suami layak jadi datuk kepada anak saya itu namun saya tidak mempedulikannya kerana yang penting kami bahagia.
“Kami memang menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah tentu sebagai ibu, saya mahu melihat anak saya berjaya dalam hidupnya,” katanya.
Kesusahan hidup keluarga itu turut mendapat perhatian JKKK Ladang Sahat yang menghulurkan bantuan barangan keperluan harian ketika mengunjungi mereka, baru-baru ini.
Pengerusinya, Adnan Salleh berkata, keluarga Salleh antara 10 keluarga yang masih menghuni kawasan setinggan di kampung itu.
“Begitupun segala bantuan dihulurkan kerajaan sampai kepada keluarga terbabit.
“Kerajaan tidak pernah meminggirkan semua keluarga terbabit yang tinggal berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan, malah pada satu ketika dulu, terdapat lebih 100 rumah di kawasan itu namun atas keprihatinan kerajaan, mereka berpindah selepas ditawarkan penempatan lebih selesa,” katanya.
Menurutnya, keluarga Salleh terpaksa menolak tawaran kerajaan berpindah berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap bagi membayar sebahagian harga subsidi rumah ditawarkan.

No comments:
Post a Comment