Tuesday, October 30, 2012

jodoh oku

Jodoh silap dail

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MERIAH...Bakri dan Siti Habsah berjalan menuju tempat persandingan di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu, Pasir Mas, semalam.
MERIAH...Bakri dan Siti Habsah berjalan menuju tempat persandingan di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu, Pasir Mas, semalam.
BAHAGIA...pasangan ketika acara persandingan di rumah pengantin perempuan.
BAHAGIA...pasangan ketika acara persandingan di rumah pengantin perempuan.
PASIR MAS: Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu.
Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).
Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.

Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.

“Sebenarnya perkenalan ini tidak disengajakan kerana saya tersilap mendail nombor telefon. Sejak itu, saya berasa selesa berkomunikasi dengannya menyebabkan hubungan semakin rapat.

Monday, October 29, 2012

isteri yg baik

Cinta sejati


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Isteri begitu adalah wanita yang cintanya sejati,” kata pakar perunding keluarga dan motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, mengulas tindakan seorang isteri menanggung hutang along ditinggalkan suaminya bernilai lebih RM1 juta walaupun lelaki itu berkahwin lain.
Menurut beliau, tindakan isteri terbabit didorong rasa tanggungjawab untuk menjaga anak suaminya, selain tidak mahu imej lelaki itu dipandang hina oleh anak kerana berbapakan lelaki seperti itu.

Katanya, suami wanita itu pula tidak berperikemanusiaan dan pentingkan diri kerana sanggup melepaskan bebanan hutang kepada isteri untuk mencari kebahagiaan dengan wanita lain.
“Memang bertuahlah lelaki memiliki isteri yang menawarkan diri untuk menanggung hutangnya, tetapi kesenangan suami cuma di dunia dan akhiratnya kosong kerana tidak ada pahala ibadah.

“Dia meninggalkan isteri yang berjuang dari bawah bersamanya tetapi akhirnya ditinggalkan dan mencari isteri lain, itu tindakan yang tak berperikemanusiaan dan sangat pentingkan diri,” katanya, semalam.

Rubiah berkata, tindakan isteri itu juga adalah betul kerana semua harta dan aset didaftarkan ke atas anak mereka dan dia hanya mahu melindungi anaknya daripada menjadi buruan along.
Harian Metro semalam melaporkan nasib wanita dikenali cuma dengan nama Salbiah yang sanggup berkawan dengan ceti haram kerana tidak mahu keselamatan suaminya yang berhutang lebih RM1 juta dengan along terancam.

Walaupun lelaki itu berkahwin lain, dia sanggup menanggung beban ditinggalkan suami kerana bimbangkan keselamatannya.

bisu pun hanyut akibat kecangihan teknologi

Gadis bisu terpedaya

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Hinanya seorang lelaki apabila tergamak mengambil kesempatan terhadap gadis kelainan upaya (OKU) hingga menyebabkan remaja berusia 17 tahun itu hamil enam bulan dan kini menunggu masa melahirkan kandungannya di Rumah Sinar Salam, Chow Kit, di sini.
Penyelia rumah berkenaan, Nurul Husna Hamid berkata, punca remaja itu terlanjur akibat hubungan terlarang daripada pergaulan bebas dan terpedaya dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga disahkan hamil, awal tahun ini.

“Walaupun dia bisu, teknologi canggih (laman web dan telefon bimbit) hari ini membolehkan pasangan kekasih berhubungan antara satu sama lain hingga terlanjur.
“Kami tidak menafikan walaupun fizikalnya serba kekurangan, keinginan golongan ini sama dengan gadis normal lain,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Remaja itu ditempatkan di rumah berkenaan disebabkan keluarganya enggan menerimanya semula selain malu dengan jiran dan masyarakat sekeliling.

Ditanya bagaimana arahan diberi kepada remaja OKU itu, Nurul Husna berkata, mesej berbentuk tulisan dan gerakan badan serta isyarat tangan antara kaedah komunikasi berkesan digunakan.
“Di rumah ini, kami menjaga makan minum dan membawa gadis berkenaan ke klinik untuk pemeriksaan setiap bulan bagi memastikan kandungan sihat serta tiada tekanan sepanjang kehamilan,” katanya.

Rumah Sinar Salam dinaungi Yayasan Salam Malaysia (YSM) menghulurkan bantuan dalam bentuk kepakaran dan pengurusan sejak 2007 khusus untuk gadis yang terbabit dalam kancah sosial sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing apabila pulih kelak.
Beliau berkata, di rumah itu, penghuninya diberi motivasi untuk membina semula imej yang tercalar, manakala ibu bapa diberi kesedaran supaya memberi peluang kedua kepada anak menerusi memberi bimbingan agama.

“Selain itu, menerusi perkongsian bersama sebuah agensi swasta, kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti kelas masakan, kemahiran komputer dan kraftangan kepada penghuni supaya masa lapang mereka lebih terisi.

“Sebaik keluar dari rumah ini, ada di kalangan mereka diterima bekerja sebagai tukang cuci di hospital atau pembantu restoran.

“Sekurang-kurangnya, dengan kemahiran yang dibekalkan, mereka mampu berdikari, sekali gus boleh membina hidup baru,” katanya.

akibat foto bogel

Peras foto bogel

Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA
kalidevi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu.
Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan.

Mangsa yang berasal dari Perak dan mahu dikenali sebagai Shiela, 45, berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu ketika melanjutkan pelajaran di utara tanah air selepas terjerat dengan ayat-ayat cinta bapa ayam terbabit.
“Anak saya terlanjur buat kali pertama sembilan bulan lalu dan kesempatan itu digunakan lelaki terbabit untuk merakam gambar bogelnya sebelum dijadikan modal bagi memaksa anak saya meneruskan hubungan terlarang itu.

“Anak saya pernah cuba bunuh diri beberapa kali akibat tekanan perasaan, namun berjaya diselamatkan dan apabila dia melarikan diri ke Perak, lelaki itu menjejakinya semula sebelum memaksa dia mengikutinya pulang ke Pulau Pinang,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, dia turut dipaksa menghantar wang perbelanjaan bagi mengelak anaknya dibelasah lelaki itu.
Katanya, akibat tidak mampu menahan penderaan fizikal dan seksual lelaki itu, dia dan anaknya berjaya melarikan diri ke ibu kota pada awal bulan ini, malangnya dapat dijejaki semula lelaki itu.

“Pada 25 Oktober lalu, lelaki itu memaksa anak saya mengikutnya semula dan apabila saya menghalang, saya turut dipukul.
“Bagi mencari penyelesaian untuk masalah ini, saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin dengan harapan lelaki itu ditahan dan anak saya dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

9 tahun baru dapat anak

‘Buat apa nak malu’

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: “Walaupun layak digelar datuk memandangkan usia saya dan anak jaraknya 65 tahun, namun saya tidak pernah menganggap ia sebagai perkara memalukan,” kata Mohd Salleh Ismail, 66, merujuk perbezaan umurnya dengan anak, Salwa Mohd Salleh yang berusia 13 bulan.
Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Suliza Ismail, 27, kira-kira 10 tahun lalu sebelum mereka dikurniakan Salwa yang lahir pada 16 September 2011.

“Apa yang hendak dimalukan dengan usia kerana semua itu ketentuan Ilahi.
“Saya menganggap anak anugerah Tuhan yang paling bernilai dan biarlah apa orang hendak kata kerana saya tidak mempedulikannya dan selagi hayat dikandung badan, saya akan berusaha membesarkan Salwa sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sahat, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan sebarang petua khas untuk mendapatkan zuriat pada usia emas sebaliknya hanya berserah sepenuhnya kepada Tuhan.

“Saya berkahwin dengan isteri ketika usia saya 55 tahun manakala dia 17 tahun. Kami menunggu sembilan tahun untuk mendapat anak.
“Apabila isteri disahkan doktor yang dia hamil tahun lalu, saya berasakan diri saya manusia paling bertuah ketika itu,” katanya.

Mohd Salleh berkata, Suliza adalah wanita ketiga dinikahinya selepas dua perkahwinannya sebelum ini gagal.
Katanya, dia berpisah dengan isteri pertama pada 1995 dan dikurniakan empat anak yang kini berusia antara 34 dan 40 tahun.

“Tidak lama selepas menduda, saya berkahwin lagi. tetapi jodoh kami tidak panjang apabila berpisah pada tahun 2000 dan kami tidak mempunyai anak,” katanya.

Mohd Salleh berkata, dia bersyukur kerana dalam kepayahan hidupnya bekerja sebagai pengayuh beca dengan pendapatan kira-kira RM300 sebulan, keluarganya turut menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sebanyak RM250 sebulan.

“Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ladang Sahat juga banyak membantu menyalurkan bantuan kepada kami sekeluarga yang tinggal di kawasan setinggan ini.

“Begitupun dalam usia emas ini, saya sebenarnya gusar kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja mengayuh beca kerana lutut kerap sakit sehingga membataskan peluang mendapatkan lebih wang untuk menyara keluarga,” katanya.

Sementara itu, Suliza berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia.

“Saya bahagia hidup dengan suami terutama kerana sikapnya penyayang walaupun kami serba kekurangan di kawasan setinggan ini.

“Biar apa orang hendak kata termasuk suami layak jadi datuk kepada anak saya itu namun saya tidak mempedulikannya kerana yang penting kami bahagia.

“Kami memang menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah tentu sebagai ibu, saya mahu melihat anak saya berjaya dalam hidupnya,” katanya.

Kesusahan hidup keluarga itu turut mendapat perhatian JKKK Ladang Sahat yang menghulurkan bantuan barangan keperluan harian ketika mengunjungi mereka, baru-baru ini.

Pengerusinya, Adnan Salleh berkata, keluarga Salleh antara 10 keluarga yang masih menghuni kawasan setinggan di kampung itu.

“Begitupun segala bantuan dihulurkan kerajaan sampai kepada keluarga terbabit.

“Kerajaan tidak pernah meminggirkan semua keluarga terbabit yang tinggal berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan, malah pada satu ketika dulu, terdapat lebih 100 rumah di kawasan itu namun atas keprihatinan kerajaan, mereka berpindah selepas ditawarkan penempatan lebih selesa,” katanya.

Menurutnya, keluarga Salleh terpaksa menolak tawaran kerajaan berpindah berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap bagi membayar sebahagian harga subsidi rumah ditawarkan.

Sunday, October 28, 2012

tumor

Tumor di otak: 'Di sebalik musibah, rahmat besar menanti'
Intan Rohaizat Zakaria
27 Oktober 2012
Ketika menjalani pembedahan membuang tumor di otaknya.
Ketika menjalani pembedahan membuang tumor di otaknya.
 Inilah gambar Royzilee selepas pembedahan.
Inilah gambar Royzilee selepas pembedahan.
Parut ini menjadi ingatan kekal buatnya.
Parut ini menjadi ingatan kekal buatnya.
SIAPA sangka di sebalik musibah yang menimpa, ada rahmat besar yang menanti. Perkara ini diakui oleh Mohd Royzilee Mustaffa. Segalanya berlaku begitu pantas, Royzilee tidak menyangka dirinya menjadi mangsa rompakan. Walau sudah cukup berhati-hati namun takdir mengatasi segalanya.
Menyingkap kisah tragis yang menimpa dirinya, anak muda ini tidak dapat lupakan tarikh 1 September 2005 yang mengubah perjalanan hidupnya. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu namun kisah ini masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan.
“Ketika melintasi bawah LRT Masjid Jamek sekitar jam 11 malam, tiba-tiba muncul dua lelaki berwajah bengis meminta beg yang sedang saya sandang. Namun saya enggan berbuat demikian, kedegilan saya membuatkan mereka berang.
“Mereka kemudiannya memukul saya dengan sebatang kayu, saya rasa amat sakit di bahagian kepala dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Apabila buka mata saya sudah berada dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Pemeriksaan rapi dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar kesan kecederaan ini akan cepat pulih. Hasil imbasan CT mendapati ada ketulan darah beku di otak saya. Tetapi doktor mengatakan ketulan ini agak aneh. Lantaran, doktor melakukan imbasan MRI. Saya akur dengan keputusan doktor, saya juga tidak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang bersarang di otak saya,” ujar Royzilee.
Hasil imbasan MRI amat mengejutkan, doktor mendapati terdapat tumor sebesar 6 sentimeter dalam otak Royzilee. Dia terkedu mendengar penjelasan doktor yang mengatakan tumor ini kemungkinan sudah bermula sejak usianya  16 tahun namun kehadirannya tidak disedari.
“Kata doktor jika tidak dikesan pada hari berkenaan, jangka hayat saya tinggal cuma tujuh bulan sahaja. Perasaan saya bercampur baur ketika itu, terkejut, sedih, bersyukur dan insaf dengan apa yang berlaku. Maha Suci Allah, saya berasa diri amat kerdil ketika itu,” cerita Royzilee.

Pengalaman aneh beri keinsafan
Keadaan semakin sukar buat Royzilee. Dia diberi kata dua: lakukan pembedahan segera tapi berdepan dengan risiko untuk lumpuh atau tunggu saja hari kematian. Selepas berfikir semasak-masaknya, Royzilee tekad melakukan pembedahan.
“Saya tiada pilihan lain ketika itu, hanya pembedahan peluang untuk saya meneruskan kehidupan. Saya sedar dengan keadaan diri saya yang kritikal tapi saya tidak mudah menyerah kalah, saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan.
“Sebelum melakukan pembedahan, saya menjalani rawatan dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar. Dalam tempoh itu, saya perlu makan sehingga 65 biji ubat sehari. Ini sebahagian usaha rawatan yang dilakukan,”katanya.
Tiba di hari pembedahan, Royzilee merasakan tubuhnya semakin lama semakin mengecil sebaik sahaja bius memasuki tubuhnya. Tiba-tiba dia berasa tersedar namun ketika itu tubuhnya dipegang erat dan diikat di atas meja sebelum otak ditebuk. Apa yang mampu dilakukan cuma menjerit sakit sekuat hati.
Belum pun hilang kesakitan, muncul pula lembaga hitam bermata merah. Royzilee diangkat dengan kasar sebelum diikat dan dipanggang hidup-hidup. Habis terbakar baju yang dipakainya. Bau hangit dagingnya terbakar menusuk rongga hidung. Perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Takut, gerun, sedih, geram bercampur baur.
Puas dipanggang, Royzilee diletakkan di atas batu berbara. Sungguh pun sakit, perasaan lapar turut menusuk perut. Tanpa berfikir panjang serpihan batu berbara dikutip lalu ditelan. Sakit dan panas melecurkan tekak sampai ke usus. Bila diangkat kepala, terlihat tulisan Iqra’bismirab tertera di langit berwarna merah. Di kiri kanannya, terdapat ramai lagi manusia mengalami nasib serupa. Malah ada antara perempuan yang makan rambut sendiri, barangkali tak mampu lagi menahan lapar sama seperti dirinya.
Dalam keadaan tertanya-tanya bilakah seksa bakal berakhir, Royzilee dapat merasakan ada satu tangan besar yang mengutip dirinya lalu dicampakkan ke padang pasir. Aneh, kulit yang tadinya rentung terbakar serta-merta mengelupas jadi bersih. Hatinya berdetik, kalaulah ini kiamat mana orang lain?
Ketika meninjau sekeliling, dia terlihat satu padang hijau. Dek kerana dahaga yang amat sangat, Royzilee berlari-lari anak menuju ke situ. Sebelum sempat memasuki kawasan subur tersebut, muncul seorang lelaki berjubah.
“Sambil tersenyum dia hulurkan pakaian pada saya. Di tangannya terdapat air dan sebiji kurma warna keemasan,” cerita Royzilee.
Sebaik sahaja air melalui tekak, bukan sahaja dahaga yang hilang tetapi kepuasannya tidak dapat digambarkan. Pada fikirannya bagai baru lepas minum selautan air dan tidak akan berasa dahaga lagi sampai 300 tahun. Bermacam-macam rasa makanan enak pula bagaikan terkandung dalam sebiji kurma yang diberikan padanya.
Selepas makan Royzilee dipelawa memasuki padang hijau. Namun dia meminta izin untuk menunggu orang tuanya datang terlebih dahulu. Dia memilih untuk menunggu di atas seketul batu berhampiran pintu masuk.
Tidak lama kemudian ibu bapa Royzilee muncul. Namun belum sempat dia menyentuh mereka, suasana di kiri kanannya terasa seperti ada aliran laju. Dalam keadaan panik dia menjerit sekuat-kuat hati sebelum tersedar berada di katil hospital.
Royzile lihat ibunya ada di sisi. Lepas berbicara dengan ibunya, muncul seorang lelaki di kepala katil. Wajah, tubuh lelaki tersebut persis dirinya namun berkulit bersih. Katanya sebelum hilang, ‘kalau kamu tahu alam barzakh maka kamu akan lupakan dunia’.
Keadaan ini membuatkan dia mula bingung, sama ada dia berada di dunia atau alam mana. Apatah lagi keanehan demi keanehan mula muncul. Antaranya melihat orang kenit yang amat ramai. Pernah satu masa, dia bersalam dengan seorang makcik yang kemudiannya menembus dinding. Telinga kanannya terdengar alunan muzik menenangkan manakala telinga kiri, diganggu irama bingit dan pelbagai lagi.

Kepala berasa kebas
Selepas berapa lama di hospital akhirnya Royzilee dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Yong Peng, Johor. Di rumah, dia tidak berani keluar kerana banyak perkara aneh masih mengganggu dirinya. Kejadian ini memberi seribu rahmat buat Royzilee, dia sedar inilah hidayah yang diberikan ALLAH.
Setelah dinasihatkan bapa, dia mulai solat dalam keadaan duduk. Secara perlahan-lahan Royzilee mendalami ajaran Islam. Dia mahu berjaya bukan hanya di dunia malah akhirat juga. Dia memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang kedua untuk terus menikmati kehidupan ini.
“Selepas pembedahan itu, kepala saya sering berasa kebas, Walaupun dijirus dengan air tapi tak rasa apa-apa. Jadi saya minta pada ayah untuk pergi mandi air terjun. Syukur selepas duduk selama dua jam di bawah air terjun rasa kebas hilang sedikit demi sedikit itu pun setelah empat kali saya melakukannya,” kata Royzilee yang dibawa ke Air Terjun Berkok, Chaah oleh ayahnya.
Setelah lima bulan tinggal di kampung, ibu Royzilee mula mengimbau kisah silam yang pernah dilaluinya. Sebelum ini dia tidak diingatkan kerana dibimbangi mengganggu emosi yang belum stabil. Antara yang ditunjukkan adalah sekeping gambar yang tertera wajahnya bersama seorang wanita dan gadis kecil.
“Kata ibu, itu adalah isteri dan anak saya. Walaupun ibu berusaha mengingatkan saya namun saya masih berasa bingung kerana otak saya tidak mampu menganalisis sejauh mana kebenaran tersebut.
“Satu hari, ibu mengeluarkan sebuah ‘walkman’. Di dalamnya terdapat rakaman saya bermain muzik bersama kawan-kawan beberapa hari sebelum hari kejadian. Sungguh ajaib, sebaik sahaja rakaman tersebut didengar dunia saya bagai berputar-putar. Syukur saya sudah dapat mengingati siapa diri saya yang sebenar dan apa yang berlaku pada malam saya dipukul.
“Selepas ingatan saya pulih, saya minta izin keluarga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pada mulanya, ayah saya keberatan kerana dia bimbang perkara buruk menimpa saya. Namun saya berjaya yakinkan keluarga, saya tidak mahu terus hidup begini sebaliknya saya mesti tabah agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” cerita Royzilee.

Beri semangat kepada pesakit kanser
Jelas Royzilee, penyakit ini sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Tanpa disedari selama ini, penyakit tersebut banyak mempengaruhi tindakan dan keputusannya dalam hidup.
“Tak sangka, rupa-rupanya tumor di otak saya turut mempengaruhi emosi dan cara saya berfikir hinggakan rumah tangganya turut mendapat tempias. Sebelum ini, saya sering melakukan tindakan kurang bijak.
“Saya tidak akan sia-siakan peluang kedua ini, selain cuba perbaiki kelemahan yang ada, saya juga belajar menghargai insan-insan yang saya sayangi. Saya berusaha gigih memberikan yang terbaik untuk keluarga, isteri, Norhayati Abd Latif, 38, dan anak-anak, Syafira Irwayu, 13, dan Muhammad Adam Rizqin, 2.
 “Sambil bekerja, saya menyertai Persatuan Barah Otak dan Urat Saraf. Saya sering mengunjungi pesakit di HKL untuk beri semangat dan sokongan moral pada mereka. Saya pernah melalui detik getir dalam kehidupan jadi saya amat faham perasaan pesakit kanser.
“Penyakit ini juga membuatkan saya begitu menitik berat kesihatan diri. Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita ketahui keadaan diri kita. Jika ada penyakit, kita dapat mengesan lebih awal dan mempunyai peluang besar untuk rawatan dan kembali sembuh,” ujarnya mendapat sokongan isterinya yang merupakan jururawat pakar bagi kanser darah. Royzilee juga begitu terharu dengan pengorbanan kedua ibu dan ayahnya yang banyak membantunya ketika berdepan saat sukar.

* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita

berkorban utk isteri

‘Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat’ – Sahar
Nazwa Selamat
27 Oktober 2012
Sahar Sab membantu menguruskan isterinya Suaibah yang terlantar akibat langgar lari. – Foto oleh Jaz
Sahar Sab membantu menguruskan isterinya Suaibah yang terlantar akibat langgar lari. – Foto oleh Jazlan Nangar
TRAGEDI langgar lari yang menimpa Suaibah Soib lebih tiga tahun lalu benar-benar menyentap kehidupannya sekeluarga. Tiada lagi keupayaan memasak atau membasuh pakaian. Apatah lagi menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak untuk keluar berjalan-jalan.

Kini, seluruh hayatnya dihabiskan di atas katil, ditemani suami, Sahar Sab, 63, yang setia mengurus keperluannya. Sekalipun terpaksa berkorban banyak perkara namun demi isteri tercinta, dia sanggup lakukannya.

“Saya tidak lagi bekerja sebab nak jaga isteri di rumah. Alhamdulillah ada anak-anak yang membantu serba sedikit untuk kurangkan bebanan. Beginilah keadaan dia sejak kemalangan tiga tahun lalu. Menyedihkan namun itulah kenyataan yang harus saya terima.

“Dahulu, dia cukup ceria malah melayan kami dengan penuh kasih sayang. Jadi tidak salah rasanya jika saya balas jasanya walaupun apa yang saya lakukan ini tidak seberapa dibanding pengorbanannya pada keluarga,” ungkap Sahar.

Imbasnya, hatinya  bagai disiat-siat tiap kali mengingati peristiwa hitam yang menimpa isteri. Pada hari kejadian katanya, dia memang berasa tidak sedap hati.

“Petang itu seperti biasa saya ke kebun untuk menanam ubi. Apa yang peliknya, setiap kali cangkul berjaya mengorek tanah, akan ada seekor ular melintas di hadapannya. Saya cuba mencangkul ke bahagian lain tetapi keadaannya masih sama.

“Bukan sekali malah beberapa kali sampaikan saya tertanya-tanya dari mana ular-ular itu datang malah tiada ada seekor pun yang menyerang. Semuanya muncul dan pergi begitu sahaja. Seolah-olah memberi petanda buruk pada saya.

Bukan hendak percaya perkara-perkara tahyul ini tetapi biasalah, manusia tidak pernah sempurna. Saya masih memikirkan apa yang akan terjadi sambil hati berharap agar dijauhkan segala musibah.

“Bagi menenangkan keadaan, saya berehat seketika di bawah sepohon pokok. Ketika sedang berehat itu tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat. Hati saya kembali berdebar. Rasa macam nak pecah pun ada kerana kepala asyik fikir macam-macam. Mulalah saya terfikirkan isteri yang biasanya balik dari kerja di waktu-waktu begitu,” katanya sambil membetulkan kedudukan isteri.

Memandangkan rumah dan kebun tidak jauh, dia segera memanggil salah seorang anaknya untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan dengan berita yang cukup menyakitkan.

“Kata anak, isteri terlibat dalam kemalangan sewaktu keretanya cuba masuk ke simpang rumah. Sebuah van telah melanggar kenderaannya, malah pemandu van tersebut telah melarikan diri. Saya dibantu dua anak cuba mengeluarkan isteri.

“Waktu itu saya sedaya upaya mengeluarkannya tanpa menanti bantuan lain. Di fikiran, hanya fikirkan nyawanya sahaja malah hati tidak putus berdoa agar isteri sentiasa selamat.

Kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian pemandu sampaikan isteri terperosok masuk ke dalamnya.

“Alhamdulillah, setelah mencuba isteri berjaya dikeluarkan dan kami segera membawanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Malangnya, klinik menolak kes tersebut dan menyuruh kami ke hospital sahaja kerana ada doktor serta peralatan yang lengkap. Walaupun kecewa, kami masih tidak berputus asa. Isteri dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Di sana, isteri diberi rawatan segera tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami apabila doktor memberitahu isteri perlu dibawa ke hospital Sungai Buloh kerana di sana ramai pakar. Tanpa berlengah, saya bersetuju dengan  cadangan yang diberikan. Menggunakan ambulan, isteri telah dipindahkan,” katanya bersungguh-sungguh.

Di Hospital Sungai Buloh, doktor telah melakukan pembedahan di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku yang berkumpul di dalamnya. Dua bulan Suaibah koma dan selama tiga bulan dia berada di hospital.

Selama tempoh itulah juga Sahar setia menemani tanpa ada rungutan biarpun sekali. Sedikit demi sedikit dia belajar cara menguruskan isterinya dengan baik melalui jururawat yang bertugas. Hatinya menguatkan tekad untuk menjaga isteri selagi hayat dikandung badan malah perasaan cinta yang tertanam dalam dirinya tak pernah pudar walaupun sekali meskipun isteri disahkan lumpuh seluruhnya.

“Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindunginya jadi buat sahajalah. Lagipun bukannya susah sangat. Pagi-pagi saya akan mandikan isteri dan berinya minum susu melalui tiub.

“Selepas dibersihkan, saya akan bercerita dengannya. Sekalipun tak mampu membalas kata-kata saya namun saya tahu, dia juga memahami apa yang saya katakana melalui gerakan di bahagian anak matanya,” ungkap Sahar.

Beritahunya lagi ketika isteri dibawa pulang ke rumah dahulu, dia tidak cukup kemudahan untuk isterinya.

“Kami tak ada pun katil macam sekarang. Saya dan anak-anak kumpul wang untuk beli katil yang khusus agar dia berasa selesa. Malah peralatan-peralatan lain pun saya beli sendiri. Setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso sahaja yang membantu.

Itu pun sebenarnya isteri tidak layak untuk terima pencen dari Perkeso kerana carumannya tidak mencukupi. Semuanya gara-gara majikan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah mereka memberi bantuan ilat.

“Sedikit sebanyak ringanlah bebanan kami tetapi susu dan ubat-ubat sampingan kena beli sendiri. Untuk susu sahaja, kosnya lebih RM600. Belum lagi belanja-belanja lain,” jelas bapa kepada Suraya, 38, Suraimi, 36, Mohd Jefri, 30, Mohd Helmi, 29, Shariza, 27, Mohd Khairul Amri, 19, Norsyafika, 18 dan Norsyakira, 17.

* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita.

Monday, October 22, 2012

gadis pakistan kahwin umur 13

Mangsa perkahwinan paksa kongsi kisah penderitaan

22 Oktober 2012
Mangsa perkahwinan paksa kongsi kisah penderitaan
Sally dan Nabil (gambar kecil)
“Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?
“Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.
Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.
“Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu,” ceritanya.
Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

“Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain,” katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya  14 tahun.

“Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu,” kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.
Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.
Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin,” kata Sameem.
“Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri,” katanya.
Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.
“Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda,” katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.
Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.
Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.
Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.
“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?
“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.
Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.
“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.
Apa pula kata Nabil?
“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.
“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya. – Al Jazeera

Sunday, October 21, 2012

telefon utk perkara tidak baik

Fokus: Pelajar muat turun aksi percuma melalui telefon bimbit
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
21 Oktober 2012
Fokus: Pelajar muat turun aksi percuma melalui telefon bimbit
Pelajar muat turun aksi percuma melalui telefon bimbit
Lucah, jijik, kotor dan tidak bermoral. Itu yang saya alami sewaktu mula-mula menonton video lucah, tapi setelah acap kali menyaksikan aksi bogel, saya mula dihantui perasaan ghairah melampau dengan aksi percuma itu,”.
Demikian pengakuan seorang remaja berusia 15 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi (bukan nama sebenar) yang mula ketagih menonton video aksi panas sejak dua tahun lalu.
Bayangkan jika anak anda mengalami situasi sama seperti mana yang dihadapi Helmi, sudah tentu ‘tidak senang duduk’ dibuatnya, apatah lagi anak yang anda percaya 100 peratus itu sebenarnya memiliki koleksi pelbagai aksi video lucah!.

Menurut Helmi, dia mula terjebak menonton video lucah sejak berusia 13 tahun apabila seorang rakannya yang memiliki telefon bimbit aplikasi video mengajaknya menonton video tersebut.

Helmi berkata, pada mulanya, dia menyangka rakannya mahu menunjukkan klip video lagu-lagu popular, namun telahannya itu meleset apabila melihat aksi lelaki dan wanita berbogel di dalam video tersebut.
“Pada mulanya saya malu dan jijik dengan perlakuan dalam video tersebut, tetapi setelah lama menyaksikan video itu saya mula rasa seronok dan leka dengan aksi ghairah yang pelbagai,” katanya kepada Sinar Harian.

Bermula dari saat itu, katanya, ketagihannya dengan bahan lucah semakin membuak-buak, malah sanggup mengumpul wang semata-mata mahu memiliki telefon bimbit bervideo sendiri tanpa perlu meminjam daripada rakan-rakannya yang lain.
“Saya mula guna telefon bimbit sejak darjah lima lagi, tapi telefon bimbit saya pada waktu itu tiada aplikasi video sehinggalah saya mula ketagih dengan video lucah dan berhasrat kumpul wang untuk memiliki telefon bervideo,” katanya.
Helmi berkata, setiap kali dia ke sekolah, pastinya dia akan bertemu dengan ‘kaki lucah’ untuk bertukar dan berkongsi video baru semata-mata ingin memuaskan gejolak nafsunya yang semakin tidak keruan.
“Tak kira masa, malah ketika guru sedang mengajar dalam kelas, saya ambil kesempatan dengan memanggil rakan untuk ke tandas bertukar-tukar video aksi baru untuk ditonton di rumah selepas pulang dari sekolah,” katanya.

Helmi mengakui, dia tidak pernah berasa jemu menonton aksi terlampau itu, malah jika diberi kesempatan dia ingin merasai kehangatan beraksi seperti mana ‘pelakon’ dalam video terbabit.

“Setiap kali menonton video itu pastinya nafsu saya melonjak-lonjak untuk melakukan aksi yang sama walaupun menyedari perbuatan itu satu dosa besar,” katanya.

Katanya, perasaan menyesal kerana terjebak dengan dunia khayalan sering singgah di fikirannya, namun untuk meninggalkan perbuatan menonton video lucah adalah sesuatu yang amat sukar.

“Menonton video lucah ini boleh diibaratkan seperti menggaru kurap, makin digaru makin sedap. Cakap hendak tinggal hari ini, tapi esok lusa pasti ketagihan itu datang kembali,” katanya.

Jadi ketagih

Rakannya, Firdaus (bukan nama sebenar), 14, berkata, keasyikan dia menonton video lucah mendorong dia melakukan onani.

Katanya, setiap kali menonton, dia akan terangsang hingga sanggup melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam.
“Bagi mendapatkan kepuasan maksimum, saya akan menonton video lucah sambil melakukan zina tangan kerana hanya dengan cara ini saya dapat melepaskan syahwat yang bergelojak,” katanya.

Menurutnya, dia sering memuat turun video lucah melalui telefon bimbit dan tidak segan menukar video dengan rakan yang lain.
“Video lucah macam makanan kepada kami. Kalau tak dapat yang baru, mungkin kami sanggup berhabis duit untuk memuat turun video baru yang lebih segar,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Zack (bukan nama sebenar), 16, berkata, akibat ketagihan menonton video lucah, dia mudah terangsang, malah mengakui pernah mengajak teman wanitanya untuk melakukan aksi yang sama.

Katanya, permintaannya untuk melakukan seks dengan teman wanitanya tidak kesampaian, apabila gadis seusianya itu menolak dengan cara baik.
“Kalau ikut nafsu memang saya mahu melakukan aksi itu bersama teman wanita. Tetapi, dia menolak pelawaan saya dengan cara yang baik,” katanya.

Menurut Zack, bagi mengelakkan dia terus kemaruk video lucah, dia kini banyak menghabiskan masa dengan melakukan riadah dan menjalani kehidupan sihat.

“Saya tidak boleh bersendirian di rumah. Kalau saya tinggal keseorangan mungkin video lucah itu akan saya tonton berjam-jam lamanya,” katanya.

Fauzan (bukan nama sebenar), 15, berkata, biasanya sebelum menelaah pelajaran, dia akan menonton babak panas sebagai pembakar semangat sebelum dia mengulang kali pelajaran.

Katanya, walaupun dia antara pelajar harapan di sekolahnya, namun sikapnya yang suka menonton video lucah menyebabkan dia hanyut dalam dunianya sendiri.

“Ibu bapa dan pihak sekolah memang harapkan saya peroleh keputusan cemerlang. Tapi sejak menonton video lucah prestasi pelajaran saya mula merosot.

“Sebelum ini, saya boleh dikatakan antara pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang di dalam pelajaran, namun sejak akhir-akhir ini prestasi pelajaran mula menurun,” katanya.

Malah lebih teruk, Fauzan yang dijangka memperoleh 8A dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan.

“Sedih apabila keputusan percubaan lalu saya hanya peroleh 4A sahaja, malah saya gagal dalam subjek Pendidikan Agama Islam.
“Sejak itu, saya mula muhasabah diri dan mungkin penangan video itu membawa kesan negatif hingga memberi kesan hitam kepada hati untuk menerima pelajaran,” katanya.

Menyedari dirinya semakin jauh dari tuhan, Fauzan mula mendampingi masjid dan meninggalkan perbuatan terkutuk itu, malah jauh dari sudut hatinya dia tidak mahu kebolehan dan kepandaiannya itu dipersiakan akibat kealpaan diri sendiri.

“Setiap kali saya solat, hanya linangan air mata sahaja saya panjatkan agar diampunkan dosa-dosa saya terdahulu. Saya tahu, ibu bapa dan guru memberi harapan tinggi kepada saya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya.

berbini cukup2

Pakatan madu di laman sosial

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

amah vs majikan

ARKIB : 19/10/2012

Amah: Siapa yang teraniaya?

MERUJUK kepada tulisan Lekat Di Hati oleh Jessica Ong Hai Liaw 16 Oktober 2012. Saya berharap Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) dapat membantu golongan majikan yang teraniaya.
Saya mengambil pembantu rumah Indonesia (PRA) yang pertama pada 2004 dengan bayaran RM3,800 dan bergaji RM400 dan PRA kedua 2006 dengan kos RM6,000 dan gaji RM450, terbaru tidak termasuk visa saya perlu membayar untuk seorang PRA RM7,000, gaji RM650 bayaran visa pula RM3,000.
Jika majikan berurusan sendiri di Putrajaya mereka hanya perlu membayar RM1,150 jauh beza dengan bayaran yang dikenakan oleh ejen yang bertauliah dan tidak bertauliah sebanyak RM3,000?
Pakej yang ditawarkan untuk semua adalah lebih RM10,000 untuk mendapatkan seorang PRA?
Seminggu di rumah saya sudah dapat kesan PRA saya tidak boleh bekerja. Sebagai majikan saya bangun pukul 5 pagi, PRA harus dikejutkan oleh majikan. Pembantu rumah hanya perlu membasuh baju menggunakan mesin automatik, menjemur, menggosok baju sahaja.
Memasak langsung tidak. Saya akan memasak untuk keluarga dan pembantu rumah. Hari Sabtu, saya sibuk memasak, pembantu rumah akan tertidur di biliknya pukul 11 pagi.
Selepas solat Zohor saya sibuk melayan anak-anak saya makan tengah hari, pembantu rumah akan tertidur pada pukul 2 petang lagi.
Malam pukul 10 sudah masuk bilik sedangkan saya perlu kemas dapur sebelum kami tidur.
Setelah diadukan kepada ejen, mereka berkata, mereka akan rugi jika tukar pembantu rumah yang lain dan mengambil masa.
Saya cuba bersabar. Setelah masuk tiga bulan, pembantu rumah saya hendak pulang. Apabila diadukan kepada ejen, mereka berkata, tiada ganti rugi kerana sudah lepas tiga bulan.
Ejen memberitahu mereka akan rugi? Siapa yang sebenarnya rugi? Saya majikan membayar RM7,000 tanpa visa tapi selepas tiga bulan ejen mengambil kembali pembantu rumah dengan alasan dari mulut pembantu rumah tersebut: "majikan mendera saya..."
Saya mendapat tahu pembantu rumah saya dipaksa bekerja dengan majikan lain sebab mereka berhutang dengan ejen di Indonesia untuk proses masuk sebagai pelancong.
Panggilan telefon sudah tidak dijawab atau talian sudah ditukar, tiada gantian, tiada ganti rugi malahan majikan harus membuat laporan di balai polis, naik turun pejabat Imigresen untuk membayar denda itu dan ini yang bukan sebenarnya kesalahan di pihak majikan.
Kami bagaikan terbeli buah yang sudah busuk. Mohon PAPA pertimbangkan situasi begini.
SITI, MAJIKAN DIDERA MENTAL
Shah Alam

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121019/fo_04/Amah-Siapa-yang-teraniaya#ixzz29sjhgyft
© Utusan Melayu (M) Bhd

mahu longgarkan poligami

ARKIB : 19/10/2012

Setuju syarat poligami dilonggar, bela anak dara tua

SAYA menyokong surat Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail yang berharap syarat berpoligami dilonggarkan.
Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini.
Jika ada golongan ini yang menjadi isteri kedua secara rahsia maka mereka digelar perampas.
Pernahkah nasib mereka dibela? Bagi yang mempunyai karier pula tentulah akan mendiamkan diri kerana ingin menjaga status, tetapi naluri manusia tetap sama ingin berkeluarga.
Di mana pejuang-pejuang wanita yang membela nasib wanita?
Apakah golongan andartu bukan wanita? Kebanyakan mereka mendiamkan diri kerana budaya kita yang akan menyelar wanita yang tidak berkahwin bila cuba mendekati lelaki akan dianggap wanita tersebut gatal atau kemaruk jantan.
Pernahkah mereka terfikir nasib wanita golongan ini bila mereka tua nanti? Adakah ada tangan yang akan menyuapkan mereka nanti bila sakit nanti? Adakah ada tangan yang akan memimpin mereka bila tua nanti? Cubalah faham wahai penggubal undang-undang nasib golongan ini.
ZAHIZA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121019/fo_03/Setuju-syarat-poligami-dilonggar-bela-anak-dara-tua#ixzz29sixyTdr
© Utusan Melayu (M) Bhd

pembeli ketulan emas

ARKIB : 19/10/2012

Keluhan pelanggan emas

SAYA adalah seorang daripada puluhan ribu pelanggan Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Saya terpanggil menulis untuk memberitahu sebab-sebab kenapa saya dan mungkin ramai yang lain memilih untuk membeli emas daripada syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.
1. Saya beli emas, saya dapat emas, bukan dapat kertas.
2. Genneva memberi hadiah atau 'hibah' (berlandaskan syariah) atas nilai belian emas tadi mengikut tempoh akad yang dipersetujui bersama.
3. Tiada paksaan. Selepas tamat tempoh akad, saya boleh perbaharui akad atas kerelaan sendiri. Saya juga boleh menawarkan kepada Genneva untuk menjual semula emas itu kepadanya atas harga yang dipersetujui bersama, malah saya boleh menjual emas itu kepada sesiapa saja atau di mana saja yang saya suka kerana emas itu adalah milik saya.
4. Proses jual beli adalah telus, ada perjanjian jual beli (S&P) dan mengikut prinsip Al-Bai serta syariah.
Sebagai orang Islam, saya kagum dengan Genneva Malaysia Sdn. Bhd. kerana selain berusaha menerapkan nilai Islam dan prinsip syariah dalam urus niaganya, Genneva Malaysia telah membantu meningkatkan kualiti hidup kira-kira 70,000 keluarga di seluruh Malaysia! Bayangkan jika setiap keluarga ada lima ahli, ini bermakna jumlah isi rumah yang menikmati hidup berkualiti hasil daripada membeli emas dan memperolehi hibah daripada Genneva, adalah kira-kira 350,000 orang.
Sejak Genneva Malaysia Sdn. Bhd., mula beroperasi, Genneva Malaysia tidak pernah gagal memberi hibah kepada pelanggan-pelanggannya, walhal pemberian hibah itu hanyalah atas budi bicara dan ihsan syarikat itu semata-mata.
Hakikatnya, hibah inilah yang telah membantu kira-kira 70.000 orang menyara keluarga, membiayai kos perubatan, membiayai persekolahan anak-anak termasuklah yang belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik.
Ramai yang mampu melangsaikan hutang bank, kad kredit dan macam-macam lagi perbelanjaan yang disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup saban tahun.
Malangnya, apabila Bank Negara dan beberapa agensi kerajaan menyerbu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. dan merampas peralatan pejabat, rampas emas milik pembeli serta membekukan akaun bank Genneva pada 1 Oktober lalu, maka 70,000 pelanggannya yang menikmati hibah setiap bulan selama ini, menjadi bingung kerana hilang punca pendapatan menerusi hibah bulanan yang dinikmati selama ini.
Dalam kata lain, Bank Negara dan agensi-agensi berkaitan telah menyekat pemberian hibah oleh Genneva Malaysia Sdn. Bhd. kepada kira-kira 70,000 pelanggannya.
Akibatnya mereka kehilangan sumber pendapatan yang membantu menyara keluarga mereka selama ini.
Memang benar Bank Negara bertanggung jawab untuk menjaga kepentingan orang ramai. Tapi bagaimana 70,000 pelanggan Genneva Malaysia?
Bukankah mereka juga orang ramai dan rakyat Malaysia?
Jika benar bentuk perniagaan jual beli emas Genneva ini menyalahi undang-undang, kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk bertindak, hingga pelanggannya di Malaysia saja sudah mencecah 70,000 orang, wujud cawangan di seluruh negara, malah model perniagaannya telah berkembang ke rantau Asia Tenggara.
Lebih menyedihkan, alasan tindakan Bank Negara dan agensi-agensi terbabit menyerbu Genneva Malaysia adalah sangat rapuh iaitu Genneva Malaysia hanya disyaki melanggar peraturan-peraturan di bawah kawal selia agensi-agensi berkaitan.
Jika hanya disyaki sahaja, memadailah membuat lawatan atau pemeriksaan mengejut dan jika ada asas, beri amaran keras dan beri tempoh kepada Genneva Malaysia untuk betulkan mana-mana bahagian yang tidak betul.
Setidak-tidaknya, kepentingan 70,000 pelanggan Genneva Malaysia tidak terjejas.
Memandangkan Genneva Malaysia telah beroperasi agak lama dengan jumlah pelanggan yang besar, ada baiknya Bank Negara dan agensi-agensi lain membantu para pelanggan Genneva daripada 'menghukum' mereka.
Benarkan Genneva kembali beroperasi dengan segera, pulangkan harta (emas) mereka (rakyat) yang dirampas, cairkan akaun bank Genneva Malaysia dengan kadar segera supaya syarikat itu boleh meneruskan ihsan pemberian hibah kepada para pelanggannya.
Kemudian regularize model perniagaan Genneva ini. Kenakan syarat tertentu dan rangka garis panduan supaya orang ramai lebih jelas. Ini lebih 'membantu' daripada mengambil tindakan 'menghukum' dan bersifat 'menganiaya', yang sebenarnya berpunca daripada kelemahan dan ketidakupayaan Bank Negara dan agensi-agensi terlibat untuk mengawal dan mengambil tindakan sejak awal.
SABRI MANSORPelanggan Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121019/fo_01/Keluhan-pelanggan-emas#ixzz29siGitPK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, October 19, 2012

bebaskan suami saya

Isteri rayu suami dibebaskan


MAESAROH dan tiga anaknya menatap potret perkahwinannya dengan Salleh di Kuching semalam.


KUCHING - Seorang isteri merayu Kementerian Luar membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan di sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat sejak hampir empat bulan lalu atas tuduhan memperdagangkan manusia.

Maesaroh Siti, 27, membuat rayuan tersebut memandangkan dakwaan yang dikenakan ke atas suaminya, Salleh Rambli, 44, adalah tidak benar sama sekali.

Dakwanya, sejak ditahan di penjara tersebut selama 114 hari, suaminya yang merupakan pengusaha restoran sentiasa diugut dan dipukul sekumpulan banduan bagi mendapatkan wang.

"Saya merayu kepada Kementerian Luar supaya membantu suami saya supaya dapat pulang ke negara ini kerana dia tidak bersalah. Anak-anak juga merinduinya.

"Saya buntu memikirkan nasibnya kerana sejak tahanan reman dilanjutkan enam kali, dia sering diancam dan dipukul banduan lain.

"Beberapa hari lalu, saya dapat bercakap dengannya dan saya dapat dengar nada suaranya dalam ketakutan," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

terjun selamatkan adik

Dua beradik terjun takut asap


MUNIRAH yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat selepas terjun dari atas sengkuap rumahnya yang terbakar kelmarin.


MELAKA - Demi adik yang dikasihi, seorang remaja bertindak nekad dengan memeluk adiknya itu sebelum mereka sama-sama terjun dari tingkat atas sebuah rumah teres di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam yang terbakar dekat sini kelmarin.

Sebelum kebakaran pada pukul 9.40 malam itu, Noor Munirah Syazwani Zakir, 16, dan dua adiknya, Mohd. Zarif Nazmi, 8, dan Yasin Amirul Aiman, 3, sedang menonton televisyen di ruang tamu di tingkat atas sebelum bahagian dapur rumah tersebut tiba-tiba terbakar.

Ibu bapa kepada tiga beradik itu, Zakir Abu Hussin, 38, dan Norizan Idris, 39, semasa kejadian sedang berniaga di Pasar Borong, Batu Berendam yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

Munirah yang panik selepas asap tebal memenuhi ruang tamu di tingkat bawah rumah terus membawa kedua-dua adiknya itu masuk ke sebuah bilik.

Melalui tingkap di bilik itu, Munirah kemudian membawa dua adiknya itu turun ke atas sengkuap rumah.

kampung air terbakar

Kampung Air 20 tahun terbakar


ANGGOTA bomba dan beberapa penduduk kampung bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan 81 buah rumah di Kampung Selamat, Simunul, Semporna, Sabah semalam.


SEMPORNA - Lebih 600 penghuni perkampungan air di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak di Kampung Selamat, Simunul hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan 81 buah rumah papan yang diduduki lebih 600 penghuni sejak lebih 20 tahun lalu itu musnah dijilat api.

Akibat kejadian itu, lima orang penduduk cedera kerana melecur dan mereka menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna, Sabah.

Kampung Selamat merupakan sebuah perkampungan padat dengan jumlah penghuni sekitar 3,000 orang yang difahamkan kebanyakannya terdiri daripada pelarian Filipina semasa krisis peperangan di negara terbabit pada tahun 70-an.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd. Razali Ag. Ahmad berkata, sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 11.41 pagi.
Katanya, operasi memadamkan api turut dibantu sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Kunak.

"Operasi memadamkan kebakaran mengambil masa hampir dua jam berikutan kedudukan rumah terbabit yang begitu rapat antara satu sama lain.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 3.53 petang," katanya di sini semalam.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000 dan punca kejadian masih disiasat.

Semua mangsa kebakaran terbabit akan ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Semporna.

anak dirogol ibu meninggal

ARKIB : 17/10/2012

Ibu mangsa rogol meninggal dunia

SHAH ALAM 16 Okt. - ‘‘Dua bulan saya mengurungkan diri di rumah, saya malu, tertekan, ibu saya terlalu sedih mengenangkan tragedi itu, dia menangis selama setahun hingga matanya buta dan dia meninggal dunia setahun selepas kejadian saya dirogol.’’
Demikian kenyataan impak kesalahan ke atas mangsa (VIS) yang diluahkan oleh gadis berusia 18 tahun yang dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki termasuk teman lelakinya, dua tahun lalu.
Selepas dua tahun berlalu, dia perlu berdepan sekali lagi dengan bekas teman lelakinya, Mohamad Yassar Wandi Modin, 25, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Mangsa yang hadir berbaju kurung dan tudung merah jambu dengan nada suara tersekat-sekat menyatakan, kesihatan ibunya terganggu selepas kejadian itu dan pada 1 Ramadan tahun lalu, ibunya meninggal dunia.
Menceritakan kesan perbuatan kejam terhadapnya itu, gadis tersebut berkata, dia mengalami kemurungan, trauma, hilang keyakinan diri, sering menangis secara tiba-tiba, dan terpaksa menjalani rawatan psikologi di Hospital Selayang.
Akibat kejadian itu juga, dia sekeluarga terpaksa berpindah dari kediaman mereka di Serendah ke Ipoh, Perak selepas dipandang serong oleh jiran dan saudara-mara.
Berikutan itu, dia mengharapkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh terhadapnya.
Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar yang mendengar kes itu kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan enam kali terhadap Mohamad Yassar yang mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Lelaki terbabit berasal dari Sabah dan merupakan bekas pekerja di sebuah kilang membaiki piano.
Dia didakwa bersama empat rakannya merogol mangsa di tingkat atas rumah kedai di sebuah taman perumahan di Serendah antara pukul 4 pagi dan 10.30 malam, 27 Ogos 2010 mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Tiga tertuduh yang lain ialah Majirin Masungkit, 31, Saladin Ajim, 33, dan Suhimin Tius, 21, yang telah dihukum penjara antara 10 dan 15 tahun serta sebatan antara tiga dan enam kali selepas masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan sama.
Mohamad Yassar yang diwakili peguam bela Nik Muamer Hurrie Mohamad Sukri, sebelum ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen berlainan bagi tuduhan yang sama.
Dia dihukum penjara 15 tahun dan sebatan enam kali, namun selepas itu, dia membuat rayuan di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan hukuman itu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah mengetepikan rayuannya dan memerintahkan kes itu didakwa semula di Mahkamah Sesyen berbeza atas alasan keputusan hakim terdahulu tidak mengikut prosedur yang betul.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan memberi impak besar dalam hidup mangsa.
Menurut fakta kes, mangsa dihubungi oleh Mohamad Yassar dan rakan lelaki itu, Suhimin yang mengajaknya bersahur di warung.
Selepas minum mangsa pitam dan apabila tersedar dia dalam keadaan bogel dikelilingi lima lelaki berbogel yang sedang tidur.
Mangsa cuba melarikan diri tetapi terlanggar botol arak menyebabkan teman lelakinya tersedar.
Kelima-lima tertuduh bangun dan mengikat kaki dan tangan mangsa, menindih kaki mangsa dengan batu sebelum merogolnya beberapa kali pada pagi, tengah hari dan malam.
Salah seorang daripada tertuduh turut didakwa mentertawakan mangsa yang cuba melawan.
Mangsa kemudian ditinggalkan keletihan tanpa diberi makan atau minum sehingga dia berjaya melepaskan diri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121017/je_03/Ibu-mangsa-rogol-meninggal-dunia#ixzz29irIhoTy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, October 11, 2012

kalau denda pelatih agak2 la

Rekrut dipukul jurulatih
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Rekrut dipukul jurulatih
Bukhari (kiri) menunjukkan kesan sebatan yang masih berbekas sehingga hari ini di belakang badan Zulizdihar di Desa Permai Gemas, semalam.
Bimbang apabila kemampuan fizikal kini terjejas selepas cedera dipukul

GEMAS – Susulan dipukul jurulatih pada kejadian 16 Ogos lalu, seorang bekas rekrut yang menjalani latihan asas tentera di Port Dickson sejak pertengahan 2011 itu bimbang apabila kemampuan fizikalnya kini terjejas berikutan tulang belakangnya beralih sedikit dari kedudukan asal.

Mangsa, Muhammad Zulizdihar Zakaria, 20, berkata, dia dipukul setelah berlaku sedikit salah faham apabila tindakannya ke bilik kerani membuatkan rekrut lain beranggapan dia ingin memotong baris dan tercetusnya pertengkaran.

Menurutnya, akibat pertengkaran itu dia menampar rekrut yang menuduhnya memotong barisan menyebabkannya dipanggil jurulatih berpangkat koperal sebelum disebat menggunakan hos pemadam api di hadapan rekrut lain.

"Selepas dipukul, koperal berkenaan mengugut saya supaya tidak memberitahu pihak atasan dan merahsiakan daripada pengetahuan keluarga," katanya ketika ditemui di kediaman saudaranya di Desa Permai Gemas, dekat sini, semalam.

Zulizdihar berkata, akibat ugutan itu dia tidak melaporkan kepada pihak atasan dan akhirnya pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu Perak.

"Bagaimanapun ketika di kampung, abah saya menyedari kecederaan yang dialami dan membawa saya ke Hospital Baling untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat pada hari terakhir Ramadan itu menunjukkan saya mengalami kecederaan di bahagian badan, punggung, belakang betis dan tapak kaki," katanya.

Katanya, pada awalnya dia dan keluarga tidak mahu membesarkan isu ini memandangkan dia sendiri berminat dengan kerjaya itu selain membesar dalam keluarga tentera.

"Semasa mendapat tawaran menjadi rekrut dulu saya sanggup menolak tawaran menjalani latihan bomba dan berhenti kerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dengan harapan dapat ditugaskan di bahagian masakan setelah selesai latihan rekrut Disember ini," katanya.

Menurutnya, selepas berbincang, mereka sekeluarga bercadang mahu menarik semula laporan polis yang dibuat dan tidak mahu memanjangkan isu berkenaan namun apa yang mengecewakannya, selepas menyambung semula latihan dia sekali lagi ditampar kerana membuat laporan.

"Kini saya sudah diberhentikan daripada latihan asas atas alasan penyakit buasir yang saya hidapi.

"Namun apa yang lebih merisaukan saya kini tidak mampu berdiri dalam perbarisan yang mengambil masa dua hingga tiga jam dan hanya mampu bertahan sekitar setengah jam sahaja," katanya

Sementara itu bapa saudara mangsa, Bukhari Ismail, 51, berkata, disebabkan ayah mangsa menetap jauh di Baling, Kedah, dia menawarkan diri menguruskan kes berkenaan untuk dibawa ke mahkamah.

Menurutnya yang juga  pesara polis, mereka sekeluarga tidak bermaksud untuk membesarkan kes berkenaan namun sekadar mahu dijadikan pengajaran kepada semua jurulatih untuk lebih bertimbang rasa ketika menjatuhkan hukuman.

"Mereka seharusnya menyiasat dahulu dengan memanggil kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan.

"Kita juga tahu peraturan jurulatih dan sekiranya mereka mematuhi peraturan berkenaan pasti tidak timbul masalah seperti ini," katanya.

Tuesday, October 2, 2012

padah kahwin warga asing

Menyesal kahwini warga asing
Wartawan Sinar Harian
1 Oktober 2012
Ramlah bersama dua anaknya hasil perkahwinannya dengan warga asing.
Ramlah bersama dua anaknya hasil perkahwinannya dengan warga asing.
KEDAIK - “Walaupun saya menyesal kahwin dengan lelaki warga asing, tetapi bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami penderitaan yang saya alami,” demikian kata seorang wanita Ramlah (bukan nama sebenar), 32.
Ramlah berkata, perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tidak memberinya kebahagiaan, malah dia didera fizikal dan mental meskipun mempunyai tiga orang zuriat hasil perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia juga ditinggalkan tidak bertali oleh warga asing itu yang suatu ketika dahulu pernah bekerja di sebuah ladang kelapa sawit syarikat swasta berhampiran kediamannya.
“Saya tidak bahagia berkahwin dengan lelaki asing kerana saya seolah-olah menjadi hamba kepadanya. Segala kemahuannya perlu saya turut, malah saya juga sering dipukul dan diterajang,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramlah berkata, sehingga kini, bekas suaminya itu lari meninggalkannya dan anak-anak tanpa nafkah, malah kesal dengan sikap lelaki itu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Inilah suratan yang terpaksa saya terima kerana bersuamikan lelaki warga asing.

"Perkahwinannya dengan saya mungkin hanya sekadar nafsu semata-mata tanpa memikirkan hal kami anak beranak,” katanya.
Menurutnya, dia sekali lagi diduga apabila perkahwinannya dengan lelaki Sarawak juga tidak lama apabila diceraikan oleh lelaki itu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
“Memang tiada keserasian antara kami berdua. Saya dan dia mempunyai seorang cahaya mata dan perkahwinan kami juga tidak bertahan lama memandangkan sikapnya yang kaki botol dan panas baran,” katanya.

Katanya, dia yang kini terpaksa bekerja di sebuah restoran di Johor Bharu bagi menampung kehidupannya dan anak-anak bagi memastikan nasib mereka terbela pada masa depan.

“Sayalah ibu dan sayalah bapa kerana dengan wang pendapatan RM900 sebulan ini saya berjimat cermat untuk membeli keperluan anak-anak kerana hanya mereka saja dapat memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan,” katanya.