Sunday, February 19, 2012

terkorban

Jurutera terkorban selepas hantar ibu ambil BR1M

PONTIAN – Seorang wanita sempat menghantar ibunya mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebelum dia maut dalam nahas di kilometer 45.8 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Pusat Giat Mara di sini semalam.

Kejadian berlaku apabila kereta Toyota Corolla dipandu mangsa, Rozaimah Mohd. Badawi (gambar), 24, bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Tan Kong Yian, 31, ketika melalui satu selekoh.

Menurut ibu mangsa, Rosnah Bedu, 47, sebelum nahas, anaknya yang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pekan Nanas di sini sempat membawanya ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada pukul 8 pagi untuk mengambil wang BR1M.

Rosnah yang merupakan ibu tunggal berkata, selepas menghantarnya pulang ke rumah di Pengkalan Raja di sini, mangsa terus ke tempat kerja sebelum dia dimaklumkan kemalangan membabitkan anaknya tidak lama kemudian.

“Saya terkejut dengan kejadian ini tetapi saya sekeluarga reda,” katanya ketika ditemui di Hospital Pontian di sini semalam.

Tambahnya, Rozaimah merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan banyak membantu keluarga.

No comments:

Post a Comment