Perasan topi keledar suami
Tarikh : November 19, 2011
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, wanita terbabit hanya menyedari perkara itu selepas terpandang topi keledar milik suaminya, Abdul Razak Abdul Rahman, 41, di lokasi kejadian.
Isteri mangsa dikatakan dalam dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang berhampiran dan cuba mengambil gambar kejadian dari dalam sebuah kereta di laluan bertentangan.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Seremban Selatan dari tempat kerjanya di sebuah kilang dekat sini sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
“Siasatan awal mempercayai kereta berkenaan berada di lorong yang salah ketika berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan kilang MCIS di sini.
“Kereta terbabit sepatutnya membelok ke kanan menghala ke Jalan Senawang-Paroi namun pemandunya memilih untuk jalan terus ke depan,” katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki TX mahu membelok ke kanan namun berlanggar dengan kereta berkenaan mengakibatkannya terjatuh ke atas jalan.
Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta itu tidak memberhentikan kenderaannya dan meneruskan perjalanan.
“Kemudian, sebuah lori lima tan yang berada di berada di lorong kiri laluan sama tidak sempat mengelak dan menggilis mangsa lalu mengakibatkannya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Pemandu lori berumur 34 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya telah diambil oleh pihak polis,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.
“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran,” katanya.
No comments:
Post a Comment