'Hendak hidup seribu daya'
Peristiwa hitam itu menyebabkan Hussin Abdul Hamid, 62, dari Felda Pasoh Empat dekat sini mula tertekan dan hilang keyakinan diri dan sejak hari itu dia mula meminggirkan dirinya sehinggalah tahun 1996.
Hussin ketika ditemui Utusan Malaysia menjelaskan, dia bukan tidak boleh menerima ketentuan Ilahi, namun apa yang berlaku amat mengejutkan dirinya.
''Saya bertemu doktor di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan diberi ubat tetapi selepas beberapa bulan, saya tidak dapat melihat dan hanya duduk di rumah selama 15 tahun," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pada tahun 1996, wakil Persatuan Orang Cacat Malaysia datang ke rumahnya dan memberikan sokongan, selain diajar menganyam bakul menggunakan rotan.
Hussin mula aktif dalam anyaman tersebut pada tahun 1998 dan produknya kini dikenali oleh penduduk di sekitar Felda Pasoh Empat.
''Hari ini saya bersyukur dan benarlah kata-kata, di mana ada kemahuan, pasti ada kejayaan. Saya semakin bersemangat dan menerima hakikat bahawa saya tidak dapat melihat lagi," katanya.
Akhirnya pada tahun 2005, Husin telah membuka sebuah syarikat dengan nama 'Mata Hati' iaitu merupakan satu bengkel yang dibina di hadapan rumahnya untuk melakukan kerja-kerja menganyam bakul.
''Kenapa saya memilih nama Mata Hati kerana saya menganyam menggunakan mata hati, selepas mata sebenar tidak lagi dapat berfungsi. Saya tidak mahu gagal dalam kehidupan kerana ini adalah takdir Allah SWT," katanya.
Kini syarikatnya telah mengeluarkan pelbagai produk, antaranya bekas telur, bakul, kotak alat tulis, dulang, tudung saji serta bingkai cermin muka.
''Kesemua barang ini dipasarkan di seluruh negeri dan dijual pada harga RM1 hinggalah RM70. Saya ada seorang pembantu dan sekarang boleh mengajar orang lain menganyam bakul," katanya yang dibantu isterinya, Hamidah Mohd. Isa, 55.
Bakat Hussin ini diiktiraf apabila dia berjaya menjadi johan bagi kategori kraf tangan pada tahun 2011 bagi peringkat Wilayah Raja Alias.
''Ketika pameran Pertanian, Hortikultur dan Argo Pelancongan (MAHA) di Seremban yang lalu, saya menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment