BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai
makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga
Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu,
baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di
Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh
isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot
kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada
keluarganya di Myanmar.
Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ selepas
pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu,
kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong
suspek bertindak demikian.
Sejurus mencekik isterinya,
suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang
Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung
diri.
No comments:
Post a Comment