Wednesday, August 24, 2011

mati tertimbus



Maut dalam longkang
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MAUT...bomba mengeluarkan jenazah Ibrahim (gambar kecil) yang ditimpa konkrit penutup longkang serta ditimbus pasir, semalam.
MAUT...bomba mengeluarkan jenazah Ibrahim (gambar kecil) yang ditimpa konkrit penutup longkang serta ditimbus pasir, semalam.

PASIR MAS: Mayat seorang tukang rumah ditemui dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud dengan kopiah masih melekat di kepalanya selepas dihempap runtuhan kepingan konkrit penutup longkang setebal kira-kira 10 sentimeter dan ditimbus pasir ketika pergi ke kawasan longkang berhampiran tempatnya bekerja dekat Kampung Lati, di sini, untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Ibrahim Awang Kecik, 58, dari Kampung Dalam Parit, Meranti, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Sebelum kejadian, mangsa yang sepatutnya memasang atap sebuah kedai makan bersama rakannya, pergi ke kawasan longkang berhampiran untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit penutup longkang berkenaan apabila ia runtuh.

Difahamkan, kepingan konkrit penutup longkang yang baru disiapkan sebulan lalu oleh pihak lain, runtuh selepas mangsa mengalihkan tiang penahannya.


Rakan mangsa, Mohd Rosli Ibrahim, 55, berkata, sebelum kejadian Ibrahim menyuruhnya memulakan kerja membuang dan memasang atap zink di sebuah kedai makan kerana mahu membuang papan lapis di bawah penutup longkang yang tiada kena mengena dengan pekerjaan mereka.


Katanya dia tidak sempat melihat ke mana Ibrahim pergi dan menyedari kehilangannya selepas rakannya itu tidak menyahut panggilannya.

“Selepas beberapa kali memanggil tetapi tiada sahutan, saya mencarinya dan bertanya kepada peniaga daging kira-kira 50 meter dari tempat bekerja.


“Saya memang tidak perasan longkang itu runtuh sehinggalah penduduk kampung yang melalui kawasan itu memberitahu longkang dipenuhi pasir seperti runtuh. “Selepas mengesyaki ada yang tidak kena, saya bersama penduduk kampung menghubungi bomba untuk menggali kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, hancur luluh hatinya apabila mayat rakannya ditemui di bawah runtuhan konkrit penutup longkang dan ditimbus pasir.


Katanya, dia dan Ibrahim sudah tiga hari melakukan kerja baik pulih kedai makan itu dengan menukar zink lama kepada yang baru.


“Penutup longkang konkrit selebar tiga meter itu bukan kami yang buat tetapi pihak lain dan siap sebulan lalu. Saya tidak tahu mengapa arwah tiba-tiba mahu membuang papan lapis di situ kerana ia tiada kena mengena dengan kerja kami.


“Akibatnya, Ibrahim ditimpa kemalangan. Kemungkinan dia ditimpa runtuhan konkrit itu ketika cuba mengalihkan tiang penongkat di bawah kepingan konkrit,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.43 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.


Katanya lima anggota bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui dalam keadaan terduduk di bawah runtuhan konkrit serta pasir pada jam 10.55 pagi sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment