SUNGAI PETANI: Sepucuk surat yang diterima sebuah keluarga membongkar
misteri kehilangan anak perempuan mereka yang ‘lesap’ sejak lima tahun
lalu apabila didapati sudah mempunyai seorang bayi lelaki berusia empat
bulan.
Surat bertarikh 8 Ogos lalu diterima keluarga Abdul Hamid Mat, 50, pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuan mereka, Munirah, 21 (gambar), hidup dalam kesempitan di Flores Timur, Indonesia dan memerlukan wang untuk kembali ke negara ini.
Selain itu, surat berkenaan turut menyatakan bahawa anak ketiga daripada lima beradik berkenaan sudah berkahwin dengan lelaki warga Indonesia, Yohanes Kaya Masan.
Abdul Hamid dari Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, ketika dihubungi berkata, dia terkejut menerima surat daripada posmen lalu meminta anak keempat untuk membacanya kerana dia tidak mampu berbuat demikian akibat begitu sebak.
Menurutnya, perasaannya ketika itu bercampur-baur, tetapi mula lega apabila mengetahui anak perempuan yang meninggalkan keluarga sejak lima tahun lalu masih hidup, namun mengalami kesulitan kerana berada di negara jiran.
“Besar harapan saya untuk bertemu dengan anak dan cucu lelaki apabila melihat beberapa keping gambar yang turut dikirimkan bersama surat berkenaan. Saya bersama keluarga bersedia untuk terima apa saja keadaan Munirah,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia sememangnya menunggu khabar berita daripada Munirah
selepas dia dikatakan mengikut seorang lelaki warga Indonesia ketika
dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sekolah Menengah Seri Badung,
dekat Singkir, Yan pada 2008. Katanya, sebelum ini, dia juga pernah
menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Munirah iaitu beberapa
bulan selepas kehilangannya, lalu pergi mencarinya di Tanjung Batu di
Seberang Batam, Indonesia, tetapi gagal menemuinya.
“Saya terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mencari Munirah semata-mata kerana tidak sanggup menahan rindu,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat
Zain berkata, pihaknya akan membantu mengesan Munirah dengan bantuan
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang
mempunyai pengalaman dalam kes sedemikian.
“Saya harap keluarga Munirah dapat bersabar,” katanya.
Surat bertarikh 8 Ogos lalu diterima keluarga Abdul Hamid Mat, 50, pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuan mereka, Munirah, 21 (gambar), hidup dalam kesempitan di Flores Timur, Indonesia dan memerlukan wang untuk kembali ke negara ini.
Selain itu, surat berkenaan turut menyatakan bahawa anak ketiga daripada lima beradik berkenaan sudah berkahwin dengan lelaki warga Indonesia, Yohanes Kaya Masan.
Abdul Hamid dari Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, ketika dihubungi berkata, dia terkejut menerima surat daripada posmen lalu meminta anak keempat untuk membacanya kerana dia tidak mampu berbuat demikian akibat begitu sebak.
Menurutnya, perasaannya ketika itu bercampur-baur, tetapi mula lega apabila mengetahui anak perempuan yang meninggalkan keluarga sejak lima tahun lalu masih hidup, namun mengalami kesulitan kerana berada di negara jiran.
“Besar harapan saya untuk bertemu dengan anak dan cucu lelaki apabila melihat beberapa keping gambar yang turut dikirimkan bersama surat berkenaan. Saya bersama keluarga bersedia untuk terima apa saja keadaan Munirah,” katanya, semalam.
“Saya terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mencari Munirah semata-mata kerana tidak sanggup menahan rindu,” katanya.
“Saya harap keluarga Munirah dapat bersabar,” katanya.
No comments:
Post a Comment