Kisah Benar Isteri Solehah Yang Menggemparkan Penduduk
Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya yang meminta anaknya supaya
memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Pada ketika
itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun.
Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur.
Namun, anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut
dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar.
Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering
bermimpi supaya kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur
suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal
dunia pada tahun 1981.
Yang peliknya, mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan
yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada
penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun
kerana sakit.
Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya
dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali
Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada
suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.
No comments:
Post a Comment