Wednesday, June 25, 2014

isu remaja oku

Operasi Imigresen temui remaja OKU dikurung, badan kurus kering di Nilai (Video Inside)


Bila sekadar membaca tajuk.. aku sangkakan peristiwa menyayat hati ini berlaku di negara China.. sebabnya baru-baru ini ada satu laporan mengisahkan seorang warga emas dikurung hingga kurus kering..

Lagipun di negara tersebut kerana mengejar kemajuan dan kemewahan manusia-manusia disana sudah menjadi terlalu pentingkan diri sendiri.. itu menurut seorang sahabat yang sering berulang alik ke sana.

Rupa-rupanya ianya berlaku di negara kita Malaysia.. kesian...

Tapi ada pulak Menteri yang kata remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan bukannya di abaikan..

Mudah sangat Menteri itu diperbodohkan oleh kaki tangannya yang menyampaikan laporan kononnya ibu remaja itu menafikan remaja itu diabaikan.. apa dia tak nampak ke gambar-gambar dan video ketika remaja itu ditemui?

Walau kurang zat macam mana sekalipun.. tak pernahlah aku dengar ianya akan menyebabkan pakaian yang kita pakai akan koyak rabak macam dalam gambar di atas tu...

Laporan berkaitan..

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.

Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.

Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah ~ Berita Harian

No comments:

Post a Comment