Wednesday, September 7, 2011

van masuk parit

3 maut, 3 cedera van masuk parit

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Tiga orang terbunuh manakala tiga yang lain cedera parah apabila sebuah van yang membawa 10 anggota keluarga terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Bukit Merah, kira-kira 120 kilometer dari sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan yang dihubungi dari sini berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 pagi.

Katanya, mereka yang terbunuh ialah pemandu van Chua Wee Chor, 33, Tukijah Isa, 59, dan anaknya Nurul Haniza Mohd Jamil, 34.

Mangsa yang cedera parah ialah suami Tukijah, Mohd Jamil Anuar, 68, anak lelaki mereka Mohd Nazir, 29, dan cucu mereka Aliya Madiha Abdullah, 1 tahun.


Mat Fauzi berkata keluarga berkenaan yang berasal dari Muar, Johor menyewa sebuah van persiaran dan dalam perjalanan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah bagi menghantar anak Tukijah, Shahila, 19, yang telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment